• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Diri Gara-Gara Kecewa Gagal Beri Anak ‘Susu Badan’

oleh AK-47
29/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECEWA tidak mampu memberikan susu badan kepada anaknya, seorang wanita bertindak drastik dengan terjun dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Bangsar South.

Wanita terbabit yang baru sahaja 10 hari melahirkan anak dikatakan amat tertekan dengan keadaan tersebut sehingga memaksa dirinya mengambil jalan mudah.

Memetik laporan The Star Online, wanita yang dipercayai seorang akauntan berusia 30 tahun itu telah menyerahkan anaknya kepada pembantu rumah untuk diberikan susu selepas bayinya itu menangis dan masuk ke dalam bilik.

Semasa di dalam bilik dia dipercayai nekad terjun sebelum mayatnya ditemui oleh pengawal keselamatan dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Mansor berkata, mengikut keterangan pembantu rumah, sebelum kejadian majikannya itu sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum dia dipanggil untuk mengambil anaknya dan diberi makan.

Wanita itu, yang namanya tidak didedahkan, dikatakan tidak mampu menghasilkan susu badan untuk menyusukan anaknya.

“Pembantu rumah itu membawa bayi masuk ke dalam bilik lain dan memberikannya susu. Apabila datang kembali untuk menyerahkan bayi, dia tidak menjumpai majikannya itu,” kata ACP Sharul.

Menurut beliau lagi, pembantu rumah itu dikatakan baru bekerja selama dua minggu manakala suaminya berada di rumah keluarganya di Petaling Jaya pada masa kejadian.

Difahamkan, ibu si mati telah datang melawatnya dan bayi sehari sebelum tragedi itu.

“Menurut kata si suami, isterinya berada di bawah tekanan kerana tidak dapat menyusukan bayi dan menyatakan bahawa dia bosan apabila hanya duduk di rumah kerana tiada kerja yang boleh dilakukan,” katanya.

Polis mengesahkan tiada unsur unsur jenayah dan mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bangsarbunuh diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd