• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Keputusan Muktamad Haram Rokok Elektronik

oleh Ahmad Albab
31/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik dan sehingga itu penjualan dan penggunaannya tidak dihalang, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk memutuskan penjualan rokok elektronik adalah haram kerana setakat ini tiada undang-undang khusus mengenainya.

“Setakat ini tak ada lagi undang-undang diputuskan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Dr. Hilmi berkata kementerian akan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai penggunaan dan penjualan rokok elektronik itu sebelum merangka akta baharu berhubung perkara itu.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata kerajaan akan mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vapor dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya.

Dr. Hilmi berkata kementerian juga sedang meneliti aspek undang-undang penguatkuasaan untuk diguna pakai bagi menambah baik akta sedia ada bagi membolehkan tindakan pengharaman itu dilaksanakan. – BERNAMA

Tags: haramkesihatanrokok elektronikvapor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk berkenaan. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd