• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengarah JPS Hadapi Tuduhan Rasuah di Mahkamah Seremban

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah dan Pelukis Pelan Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam dan Kuala Lumpur semalam didakwa pula di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Seremban hari ini untuk menghadapi pertuduhan tambahan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, Datuk Abu Bakar Mohd Yusof, 60, dan Mohd. Nasir Mohd. Isa@Maidin, 44, masing-masing dituduh dengan satu pertuduhan berasingan dan satu pertuduhan bersama berhubung kesalahan menerima rasuah daripada pemilik syarikat Mazlan Jamaluddin sebagai dorongan tidak mengganggu dan mengekalkan kontrak kerja pengeluaran bahan batuan, pasir dan mendapan yang dibuat syarikat Warna Generasi Sdn. Bhd.

“SRPM menuduh kedua-dua mereka semalam berhubung isu yang sama. Mereka sebelum ini disiasat melakukan kesalahan menerima rasuah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Mengikut pertuduhan yang dikenakan hari ini, kedua-dua tertuduh masing-masing dituduh menerima suapan berbentuk penginapan di Hotel Thistle Port Dickson Resort, Teluk Kemang, Port Dickson yang bernilai RM4,568 dan RM1,422 daripada Mazlan Jamaluddin,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, bagi pertuduhan bersama, Abu Bakar dan Mohd. Nasir didakwa menerima rasuah RM20,000 daripada Mazlan Jamaluddin.

Kata kenyataan itu, kedua-dua dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 14 Jun 2015, lebih kurang pukul 12 tengah hari di sebelah kolam renang Hotel Thistle Port Dickson Resort, Teluk Kemang, Port Dickson.

Jelas kenyataan itu, kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai rasuah, mana-mana yang lebih tinggi.

“Bagi pertuduhan berasingan, Hakim Madihah Harullah membenarkan Abu Bakar dan Mohd. Nasir masing-masing diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

“Bagi pertuduhan bersama, kedua-dua tertuduh juga masing-masing dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin. Kes ini akan disebut semula pada 18 November 2015,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JPSmahkamahrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd