• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2016 Pakej Lengkap Bagi Usahawan – PUNB

oleh Ahmad Albab
26/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bajet 2016 merupakan pakej lengkap bagi usahawan walaupun pelaksanaannya perlu dipantau dengan rapat, kata Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB).

Di bawah Bajet 2016, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan berjumlah RM10.5 bilion bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk RM107 juta di bawah Pelan Induk PKS.

Pengarah PUNB, Datuk Jamelah Abu Bakar berkata daripada jumlah itu, RM250 juta diperuntukkan kepada PUNB, RM500 juta kepada SME Bank dan RM200 juta pembiayaan mikro bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah kepada Amanah Ikhtiar Malaysia.

“Dari perspektif usahawan, pakej bajet kali ini sangat lengkap jadi kita berharap para usahawan dan bakal usahawan akan merebut peluang ini.

“Bagaimanapun, pelaksanaannya juga perlu diawasi,” katanya pada program televisyen ‘Feminin’ di TV1, hari ini.

Jamelah berkata pendekatan PUNB dalam melahirkan usahawan adalah untuk membimbing mereka dengan sokongan daripada syarikat yang berjaya seperti Mydin, Habib Jewels dan Jakel.

Sebagai contoh, beliau berkata, Mydin selama ini telah memainkan peranan aktif dalam membantu PUNB dengan membawa usahawan ke India dan mendidik mereka tentang industri tekstil.

Sementara itu, bagi usahawan baharu, PUNB menganjurkan seminar setiap Isnin di KL Sentral untuk mendidik mereka cara yang betul bagi memulakan perniagaan mereka.

Mengenai Bajet 2016 secara keseluruhannya, beliau berkata perdana menteri berjaya mencakupi semua aspek masyarakat terutamanya dengan peruntukan tinggi bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelepasan cukai bagi anak-anak yang menjaga ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, Jamelah berkata, sektor automotif terlepas pandang dalam pengumuman Bajet 2016 tetapi beliau percaya ini akan diperbetulkan tidak lama lagi.

“Saya percaya terlepas pandang ini bukan disengajakan, dan dengan perwatakan prihatin perdana menteri, beliau mungkin akan memanggil pemain industri, khasnya Proton dan Perodua, untuk satu sesi khas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016PUNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PUNB Serah Zakat Perniagaan RM100,000 Kepada MAIPS

21/09/2018
0

KANGAR - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat...

PUNB Nafi Tuduhan Disebar Dalam E-mel Layang

20/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Azhar Ahmad hari ini menafikan e-mel fitnah yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd