• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adegan Buaya Telan Ular Sawa Isyarat Ekosistem Baik

oleh Ahmad Albab
09/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bagi doktor haiwan, Dr. Diana Raminez, melihat seekor buaya menelan seekor ular sawa di Sungai Kinabatangan adalah satu berita baik dan menyedihkan.

Adalah sesuatu yang menyayat hati apabila melihat ular sawa berukuran 5 meter panjang itu mati, tetapi ia juga merupakan tanda bahawa ekosistem Sungai Kinabatangan berfungsi dengan baik, kata Dr. Raminez, penolong pengurus unit penyelamat hidupan liar.

“Ia adalah satu adegan hidupan liar sebenar yang masih berlaku di Sungai Kinabatangan,” katanya.

Beliau menambah, mereka telah merakamkan gambar pada jam 2 petang, hari Sabtu ketika melakukan rondaan hidupan liar di sepanjang Sungai Kinabatangan.

“Saya dan pasukan saya sangat terkejut kerana ini bukan satu keadaan biasa yang dapat dilihat setiap hari.

“Kami melihatnya ketika buaya itu sudah pun menangkap ular sawa itu.

“Kira-kira 40 minit kemudian, buaya itu masih tidak melepaskannya.

“Kami tidak menunggu lebih lama kerana buaya (kira-kira 4 meter panjang) sedang menunjukkan tekanan dengan cuba menyembunyikan mangsanya,” katanya.

Katanya, beliau telah mengambil beberapa keping gambar dan meninggalkan tempat itu.

Berdasarkan pengalamannya, Dr. Raminez percaya ular sawa itu sudah mati ketika buaya itu menangkapnya.

“Ini adalah berdasarkan keputusan bedah siasat yang lalu.

“Kulit pada bangkai ular sawa itu pecah, yang menunjukkan bahawa ia mungkin mati kira-kira 24 jam sebelum kejadian,” katanya. – mStar Online

Tags: Buayaular sawa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jerebu: Indonesia Perlu Beri Pampasan Kepada Malaysia

Next Post

Parti Amanah Johor Didakwa Tidak Amanah

Related Posts

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai tindakan tiga individu yang dikesan melepaskan tiga ekor ular sawa di kawasan longkang...

Lelaki Maut Disambar Buaya

Lelaki Maut Disambar Buaya

19/12/2024
0

KUCHING : Buaya mengganas lagi dengan terbaharu serangan berlaku di Asajaya, Samarahan dalam kejadian petang membabitkan seorang lelaki. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Parti Amanah Johor Didakwa Tidak Amanah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd