• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Sado Jadi Wanita Selepas Pembedahan Tukar Jantina

oleh Ahmad Albab
24/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA anda lihat gambar ini, tentu ada tidak menyangka bahawa ia adalah orang yang sama. Ia memaparkan seorang lelaki yang juga bekas tentera Marin Amerika Syarikat telah menjalankan pembedahan tukar jantina, bagi menjadikannya sebagai wanita.

Sona Avedian, 33, yang sebelum ini dikenali sebagai Mattew, menyatakan dia sendiri terkejut dengan keadaan dirinya, dan menganggap peralihan imej berkenaan sebagai satu hadiah kepadanya yang pernah dihantar bertugas ke tempat bahaya di Iraq dan Afghanistan.

Ketika menjadi lelaki, Sona telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, namun dia menukar jantina pada 2012.

Dia berjaya menurunkan berat badan dan turut menggunakan laser untuk menghilang bulu di badan selain menjalani pembedahan implan payudara dalam usaha untuk menjadi wanita.

Jelasnya, meskipun dia sebelum ini mempunyai pekerjaan yang memberikan pendapatan lumayan, memiliki isteri dan anak yang comel namun Sona berasa kecewa kerana tidak dapat memenuhi hasrat menjadi seorang wanita.

Bagaimanapun pada 2012, dia memutuskan untuk mendedahkan dirinya yang sebenar kepada keluarga dan rakan-rakannya hingga mengejutkan isterinya. Mereka kemudiannya bercerai.

Selain pembedahan, dia turut menjalani terapi hormon. Dia kini menetap di Austin Texas dan cuba hidup dengan normal.

“Ada beberapa perkara yang saya rindukan iaitu kawan-kawan saya,’’ katanya.

Meskipun hubungan dengan bekas isterinya tidak baik, namun dia mendakwa masih mempunyai hubungan rapat dengan anak perempuannya yang berusia lima tahun.

“Anak perempuan saya sangat menakjubkan. Dia hanya ingat saya sebagai wanita dan saya suka cara kami berinteraksi,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PondanTentera Marin ASTukar Jantina
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video Seksi Calon Datuk Bandar Tersebar, Naikkan Populariti

Next Post

Seksa, Tak Sedar Dah 6 Bulan Telan Pencungkil Gigi

Related Posts

Aksi Separuh Bogel, Lelaki Pondan Ditahan

30/05/2022
0

SHAH ALAM : Seorang instafamous yang menjadi penganjur majlis hari raya dengan membuat pembakaran bunga api di i-City di sini...

Pejabat Mufti WP Pandang Serius Kenyataan 2 Selebriti

03/03/2021
0

PUTRAJAYA - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan kontroversi dua selebriti membabitkan status gender dan agama. Mufti Wilayah Persekutuan,...

Next Post

Seksa, Tak Sedar Dah 6 Bulan Telan Pencungkil Gigi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd