• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Wanita Tukang Urut Warga Asing Ditahan Di George Town

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan empat wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah premis di Jalan Sri Bahari, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata tiga wanita Thailand dan seorang wanita Indonesia berusia 24 hingga 44 tahun termasuk seorang wanita tempatan berusia 28 tahun yang dipercayai majikan ditahan dalam Op Noda kira-kira pukul 8.20 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati empat wanita, yang tidak mempunyai permit kerja itu bekerja sebagai tukang urut di premis itu, manakala majikan terbabit ditahan kerana menggaji dan melindungi wanita warga asing berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya dalam operasi itu, polis turut merampas sehelai kertas putih yang mencatat nama dan angka-angka disyaki borang pendaftaraan kerja harian pekerja di pusat urut berkenaan.

“Selain itu, polis juga merampas 10 helai resit pembayaran perkhidmatan urut, wang tunai sebanyak RM250 dan peralatan serta barangan yang digunakan untuk mengurut antaranya minyak urut, shampu rambut dan tuala,” katanya.

Mior Faridalatrash berkata pusat urut itu dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lepas dan kes itu disiasat menurut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresn 1963 dan Seksyen 24 Undang-undang kesalahan kecil Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=NkjdEq4RsUE

Tags: rumah urutwarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tragedi Mina: Agensi Berita AP Dakwa Lebih 1,450 Jemaah Maut

Next Post

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Pokok Getah Tumbang

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Pokok Getah Tumbang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd