• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Akta Cukup Kuat Tangani Ancaman IS – Khalid

oleh Ahmad Albab
15/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga akta sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang aktiviti ekstremisme termasuk kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Tiga akta itu ialah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

Khalid berkata kesemua akta berkenaan sudah cukup kuat dan lebih baik daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan.

“Kita ada akta yang bagus untuk tangani kegiatan ekstremisme yang mendorong ke arah keganasan. Jadi kita fikir tidak ada keperluan untuk diguna pakai semula ISA terutamanya dalam menangani isu keganasan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Forum Crime Matters bersama wakil rakyat di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras, di sini, hari ini.

Khalid berkata tujuan forum ini diadakan adalah untuk memberi penjelasan IS kepada wakil rakyat dan masyarakat.

“Ini kerana masih terdapat rakyat tidak mempercayai ancaman IS dan menganggap ia satu drama atau sandiwara kerajaan semata-mata, itulah sebab kami panggil wakil rakyat untuk memberi penerangan mengenai isu ini.

“Polis akan meneruskan perancangan bagi memastikan ancaman IS dapat dikekang sepenuhnya,” katanya.

Khalid berkata masyarakat atau ibu bapa mesti tahu keupayaan IS untuk mempengaruhi anak muda, selain menyasarkan ibu tunggal dan orang bermasalah.

Katanya orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan IS kepada polis sekiranya melihat aktiviti yang mencurigakan di sekitar kawasan tempat tinggal mereka.

Turut hadir dalam forum itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat dan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang. – BERNAMA

Tags: ISIslamic Statekhalid abu bakarMilitanPOCAPOTASOSMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi...

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd