• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Projek Kluster Rumpai Laut Bakal Diwujudkan Di Semporna

oleh Ahmad Albab
04/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Dua Projek Kluster Rumpai Laut baharu bakal dibangunkan di daerah Semporna tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata bagi projek yang akan dilaksanakan di Pulau Kerindingan itu, kerajaan memperuntukkan RM4 juta dan ia akan dimulakan dalam masa terdekat.

“Peruntukan itu akan dibahagikan kepada RM2 juta setiap projek dan pengusaha kecil sedia ada akan digabungkan menjadi pengusaha berkelompok minimum 30 peserta yang akan menubuhkan sebuah syarikat atau koperasi.

“Setakat ini empat kumpulan di bawah Projek Kluster Rumpai laut diwujudkan iaitu tiga di Semporna dan satu di Tawau dan ia mendapat bantuan kewangan sepenuhnya daripada kerajaan,” katanya ketika melawat Projek Kluster Rumpai Laut di Look Butun dan Gelam Gelam dekat sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan untuk mewujudkan 10 Projek Kluster Rumpai Laut di Sabah menjelang tahun 2020 dengan penyertaan seramai 1,000 peserta yang boleh mengeluarkan hasil rumpai kering 5,000 tan metrik.

Mengenai Projek Kluster Rumpai Laut Look Butun dan Gelam Gelam, Ahmad Shabery berkata kedua-dua projek berkenaan dilaksanakan sejak dua tahun lepas melalui Projek Permulaan Ketiga (EPP 3) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

“Kawasan penanaman bagi kedua-dua projek itu termasuk dalam kawasan 3,000 hektar (blok 1) yang mendapat kelulusan Kabinet negeri untuk tujuan pembangunan projek NKEA Jabatan Perikanan Sabah,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini 60 peserta membangunkan 121 hektar di kawasan projek Look Butun, manakala projek di Gelam Gelam membabitkan 50 peserta dengan 100 hektar dibangunkan.

“Pada tahun lepas setiap peserta di projek Look Butun berjaya memperoleh RM9,048 setahun manakala peserta di Gelam Gelam pula memperoleh pendapatan RM9,100 setiap peserta,” katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=EiTwsVosp3Y

Tags: Ahmad ShaberyPertanian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pertanian Di Kawasan Tanah Talian Elektrik TNB Dibenarkan

09/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Aktiviti penggunaan tanah termasuk pertanian khususnya tanaman kontan boleh diusahakan di kawasan yang terletak dalam koridor talian...

Jutawan Kongsi Kisah Hampir Gila Dikhianati

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd