• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Seks Kerap Boleh ‘Pecah’ Batu Karang Ginjal

oleh
20/10/2015
dalam Gaya Hidup, Hangat
2
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Salah satu cara yang paling banyak dilakukan oleh doktor di seluruh dunia untuk mengatasi masalah kewujudan batu karang dalam buah pinggang pada seseorang pesakit adalah menerusi kaedah pembedahan.

Namun, penyelidikan terbaharu ini sekumpulan saintis Turki menemui cara lain yang lebih inovatif, kreatif serta mungkin menyeronokkan, iaitu dengan melakukan hubungan seks secara kerap bagi pasangan suami dan isteri.

Pengkaji dari Clinic of Ankara Training and Research Hospital di sini baru-baru ini menyarankan, bersetubuh sekurang-kurangnya dilakukan tiga hingga empat kali setiap minggu mampu mengatasi batu karang di ginjal.

Saintis yang juga dari Jabatan Urologi di hospital terbabit membuat kajian itu melibatkan 75 peserta dibahagikan tiga kumpulan dengan kelompok pertama diminta melakukan hubungan seks tiga hingga empat kali seminggu.

Manakala kumpulan kedua diberikan tamsulosin, iaitu ubat untuk mengendurkan otot prostat pada lelaki sehingga mereka perlu membuang air kecil menjadi lebih sering, dan yang ketiga, rawatan perubatan standard.

Baca: Semua Penduduk Satu Kampung Cuma Ada Satu Ginjal

Juga: Ginjal Rosak Padah Minum Teh O Ais 16 Kali Sehari

Lagi: Wanita Kuat Seks Dengan Suami Lebih Awet Muda

The stones (pictured) can form when minerals, including calcium, oxalate and uric acid, clump together to form hard stones, which can be up to 4-5cm across or even bigger

Setelah dua minggu, penyelidik tempatan itu mendapati 26 daripada 31 peserta dalam kumpulan yang diminta untuk aktif berhubungan seksual berhasil ‘mengeluarkan’ batu karang dari dalam ginjal mereka.

Kelompok kedua pula, seramai 10 daripada 21 peserta yang didapati berjaya menghapuskan masalah tersebut dan kumpulan ketiga, hanya 8 daripada 23 peserta yang berhasil mengatasi masalah batu karang dalam ginjalnya.

Batu ginjal yang berjaya dikeluarkan rata-rata berukuran 4.7 milimeter, dan ia selaras dengan penyelidikan serupa yang pernah diterbitkan jurnal bulanan Annals of Emergency Medicine di Amerika Syarikat suatu ketika dahulu.

Penerbitan berkala rujukan ternama yang diasaskan sejak 1972 itu merumuskan, melakukan hubungan seks nampaknya efektif untuk mengubati batu karang dalam ginjal meskipun ukurannya mungkin masih lagi kecil.

Jika ukurannya sudah lebih besar, doktor harus beralih kepada kaedah memberikan ubat tamsulosin yang terbukti sebanyak 83 peratus daripada pesakit berhasil menyembuhkan batu tersebut berukuran 5 hingga 10 milimeter.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ginjalseks
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Polis Selamatkan 3 Remaja Perempuan Mangsa Eksploitasi Seks

09/11/2021
0

Polis menyelamatkan tiga remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun, dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks bawah umur hasil serbuan di...

Pasangan Tunang Dakwa Dipaksa Polis Lakukan Seks

08/12/2020
0

KOTA BHARU - Seorang gadis bersama tunangannya melalui detik hitam dianiaya dua anggota polis yang didakwa secara melampau memaksa mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd