• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Kawasan Catat IPU Tak Sihat Setakat 9 Pagi

oleh Ahmad Albab
03/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua belas kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini berbanding empat kawasan yang dicatatkan pada 9 malam tadi.

Kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat didahului Nilai (134) yang mencatat bacaan IPU tertinggi, diikuti Seremban (130), kedua-duanya di Negeri Sembilan; Pelabuhan Klang, Selangor (128); Shah Alam, Selangor (120); Bukit Rambai, Melaka (119) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (117).

Putrajaya dan Bandaraya Melaka masing-masing mencatatkan bacaan IPU 117; Petaling Jaya dan Banting di Selangor masing-masing mencatatkan bacaan 108 serta Pasir Gudang di Johor 107 dan Port Dickson di Negeri Sembilan 106.

Sejumlah 28 kawasan pagi ini mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk Cheras (96) diikuti Larkin Lama dan Kota Tinggi, Johor masing-masing mencatatkan bacaan IPU 95 dan 89; Kuala Selangor (83), Muar, Johor (83); Seberang Jaya 2, Perai, Pulau Pinang (81).

Sementara itu, 13 kawasan mencatatkan IPU sihat antaranya Sarikei, Sarawak mencatatkan bacaan 50; Sandakan, Sabah (47); Sibu, Sarawak dan Sekolah Menengah Tanjung Chat, Kota Baharu, Kelantan masing-masing mencatatkan bacaan IPU (45); Miri, Sarawak (43) dan Keningau di Sabah (39).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

Tags: IPUJerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd