• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seluar Dalam Khas Untuk Lelaki Asyik Zakar Tegang

oleh
02/03/2018
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAN FRANCISCO – Hampir setiap lelaki, terutama golongan remaja, mungkin pernah alami keadaan ereksi atau tegang zakar pada waktu tidak tepat khasnya di tempat awam sehingga aib diri sendiri.

Berita gembira, beberapa pereka fesyen dari Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya menciptakan seluar dalam model boxer khusus untuk lelaki dan didakwa boleh melindungi kemaluan maruah lelaki ketika ereksi tiba-tiba.

Pakaian dalam yang disebut sebagai ‘Bloxers’ ini juga dikatakan akan menjadikan kaum Adam terhindar daripada perasaan malu terutama jika batang zakar mereka tegang panjang tanpa amaran awal di tempat khalayak ramai.

Pembuat seluar dalam ini mengatakan ilham kepada ciptaan tersebut berasal daripada patung kuno terkenal David karya artis masyhur Itali, Michelangelo yang banyak dibina di beberapa buah negara Eropah pada zaman dahulu.

Baca: Kajian Dapati Saiz Zakar Lelaki Moden Makin Pendek

calso

Jika dilihat pada patung tersebut, jelas menunjukkan perekanya sengaja meletakkan sejambak daun zaitun bagi menutup kemaluan David, pahlawan legenda gagah yang bertelanjang bulat menurut kitab Injil perjanjian lama.

Menurut media tempatan, ‘Bloxer’ sudah dilancarkan di pasaran AS sejak Julai lalu dan ia dilengkapi semacam perisai yang sebenarnya adalah kantung besar bagi menutup bahagian intim lelaki serta menyembunyikan ereksi.

Dibuat 100 peratus daripada bulu kapas, seluar dalam canggih ini ditawarkan dalam tiga jenis ukuran sama ada saiz kecil, sederhana dan besar, serta dalam tiga bentuk pilihan warna lazim iaitu kelabu, hitam dan putih.

Fabrik kainnya juga tekstil berasaskan hypoallergenic atau jenis kimia kalis alahan yang boleh regang secara automatik mengikut pergerakan paha si pemakainya terutama jika zakar tegang apabila nafsu terangsang spontan.

Baca: Awas Zakar Jika Isteri Tidur Posisi Atas Tubuh Suami

bloxers

Malahan perekanya yang berasal dari Washington DC juga merancang untuk menghasilkan koleksi seluar renang lelaki versi ‘Bloxer’. Buat permulaan, celana khas ini hanya terhad dijual secara gedung pembelian dalam talian.

Mereka pada mulanya menyertai laman kutipan dana terkenal AS, Indiegogo di sini untuk mengumpulkan kira-kira AS$30,000 (RM125,970) yang kemudian digunakan sebagai kerja pembuatan komersial seluar dalam ini.

Bahkan menurut laman itu, jika kutipan mencecah lebih AS$200,000 (RM844,999) kumpulan pereka tersebut berhasrat mempelbagaikan corak selain pelanggan boleh reka sendiri ‘Bloxer’ ikut ukuran zakar apabila tegang.

Satu perempat hasil keuntungan penjualan ini akan disumbangkan kepada Yayasan Movember, sebuah organisasi kebajikan untuk kajian kanser prostat, barah testis dan masalah gangguan mental. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ereksiseluar dalamzakar
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

9 Makanan Untuk ‘Tegang’ Yang Memuaskan

28/04/2020
0

ADA sembilan makanan yang dikenal pasti mampu memberikan ketegangan yang diperlukan oleh lelaki untuk memuaskan pasangan mereka. Bagi yang beragama...

Zakar Terpaksa Dibedah, Gara-Gara 39 Bola Magnet

06/02/2019
0

SEORANG budak lelaki 12 tahun berdepan detik cemas apabila terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan 39 bola magnetik daripada kemaluannya. Dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd