• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Gesa Pertingkat R&D Ramuan Bagi Produk Halal

oleh Ahmad Albab
22/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi dalam industri halal dipertingkatkan, terutama yang berkaitan dengan ramuan bagi produk halal.

Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu perlu disebabkan pengeluar berusaha mencari alternatif dalam menggunakan produk berkenaan bagi menggantikan ramuan yang biasanya tidak halal.

Beliau berkata mana-mana produk halal baharu perlu menjalani R&D yang teliti dan mesti dibuktikan secara saintifik sebagai halal.

“Sektor ini penting kerana ia satu daripada komponen utama, amat penting bagi kelestarian mana-mana industri halal,” katanya ketika merasmikan Persidangan Ramuan Halal Asia (HLIA) 2015 di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata sektor ramuan halal dikenal pasti sebagai satu daripada laluan pemprosesan paling kritikal dalam rantaian nilai halal.

Selain R&D yang terhad, Ahmad Zahid berkata syarikat pembuatan ramuan halal terpaksa berdepan dengan bahan-bahan mentah yang terhad untuk pengeluaran produk-produk halal.

Merujuk gelatin halal sebagai contoh, beliau berkata bekalan untuk bahan berkenaan masih rendah dan lebih daripada 90 peratus gelatin adalah berasaskan haiwan.

“Jurang yang besar ini menawarkan peluang perniagaan dan pelaburan kepada peserta industri,” katanya.

Gelatin adalah antara bahan yang paling banyak digunakan terutamanya dalam pengeluaran makanan, kosmetik dan produk farmaseutikal.

Ahmad Zahid berkata pada masa ini, terdapat 188 syarikat mengeksport produk halal ke Malaysia.

HLIA 2015 dilihat sebagai titik pertemuan kepada pemain industri ramuan produk halal dan profesional untuk berbincang, berkongsi dan menyampaikan pandangan serta kemajuan teknologi piawaian dan bahan-bahan alternatif bagi meningkatkan sektor ramuan produk halal.

Ia dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Halal. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Asing Di Malaysia Meningkat Lebih 100 Peratus

Next Post

Wanita Terkejut Gambar Dua Tahun Lalu Kini Jadi Viral

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

Wanita Terkejut Gambar Dua Tahun Lalu Kini Jadi Viral

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd