• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO, PAS Bersatu Demo Depan Kedutaan AS Bantah Zionis

oleh
02/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAH dengan keadaan semasa di Palestin, lebih 40 buah NGO termasuk UMNO dan PAS akan berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) Jumaat ini bagi membantah pencerobohan rejim Israel terhadap Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Regim Zionis itu kini melakukan pembahagian masa dan ruang di masjid itu sekali gus mengenakan sekatan untuk umat Islam daripada memasuki kawasan tanah suci tersebut hanya pada masa dan kawasan yang tertentu sahaja.

Selain daripada tempoh waktu yang ditetapkan untuk umat Islam menunaikan ibadah, penduduk pendatang haram Yahudi pula bebas keluar masuk ke dalam kawasan masjid tersebut untuk melakukan ritual agama mereka.

Bantahan keras oleh penduduk Islam Palestin bagaimanapun dibalas dengan tembakan peluru hidup oleh pasukan keselamatan rejim Israel yang bertindak biadap menceroboh sekitar masjid berkenaan sejak bulan lalu.

Perhimpunan di depan Kedutaan AS di Jalan Tun Razak yang dinamakan ‘Hari Kemarahan’, akan diadakan selepas solat Jumaat, menurut jurucakap Sekretariat Kempen Selamatkan Al-Quds, Mohamad Raimi Ab Rahim.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim

Beliau yang juga Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), berkata pada perhimpunan itu, pihaknya juga akan menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil kedutaan AS, sekutu kuat Israel sejak sekian lama.

“Kita telah memaklumkan pihak kedutaan mengenai himpunan aman itu dan telah buat permohonan kepada polis untuk kebenaran menganjurkan perhimpunan itu. Setakat ini semuanya positif,” katanya dalam sidang media.

Baca: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Juga: Protokol 12 – Cara Media Zionis Hancurkan Malaysia

Sejak 24 Ogos lalu, Israel melakukan keganasan dan pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa termasuk menembak di dalam rumah ibadat itu serta cuba memisahkan ruang ‘ibadat dan masa’ antara orang Islam dan Yahudi.

Mohamad Raimi berkata melalui Kempen Selamatkan Al-Quds, pihaknya juga akan menyalurkan bantuan kewangan hasil derma orang ramai kepada usaha pembelaan Masjid Al-Aqsa melalui ‘Tabung Baitulmaqdis’.

n_32sitijamilah
Timbalan Pengerusi Viva Palestina Malaysia, Siti Jamilah Sheikh Abdullah (kiri).

Pada sidang media sama, Timbalan Pengerusi Viva Palestina Malaysia, Siti Jamilah Sheikh Abdullah berkata himpunan itu bukan sahaja boleh dihadiri umat Islam, malah penganut agama lain yang cintakan keamanan.

“Orang Kristian di wilayah Palestin juga terancam dengan tindakan biadap rejim Israel yang kini melaksanakan program Judaisme di seluruh dunia. Jadi mereka juga boleh menyertai perhimpunan ini,” katanya.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Abdul Ghani Samsudin berkata, rakyat Malaysia perlu bersama menentang tindakan Israel yang menindas hak asasi manusia konon atas tiket menentang keganasan.

Sidang media itu dihadiri wakil Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Pertubuhan Kebajikan Penyayang Uswah, MyCare, Aqsa Syarif, HALUAN, Yayasan Al Quds Malaysia dan Pertubuhan Kebudayaan Palestin.

Turut hadir ialah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah dan Setiausaha Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Mohd. Faiz Mohd. Nawi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

ba1207b9c4d7f85d5a8e9a1bfb4d6e44

Tags: AbimIsraelIsu BaitulmaqdisPalestinZionis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kecoh Satu Malaysia Cari Komen Dato’ Siti Di Instagram CR7

Next Post

Demam Denggi: Kuantan Catat Kes Tertinggi Di Pahang

Related Posts

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

14/05/2025
0

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani...

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

Next Post

Demam Denggi: Kuantan Catat Kes Tertinggi Di Pahang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd