• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Sekolah Jika IPU Cecah 200 – Wan Junaidi

oleh Ahmad Albab
03/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memberi nasihat kepada Kementerian Kesihatan untuk menghentikan sesi persekolahan buat sementara jika keadaan jerebu semakin teruk, kata Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata bagaimanapun, keputusan untuk berbuat demikian terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.

“Kami akan memantau keadaan jerebu. Jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200, itu sudah dianggap bahaya maka sekolah mesti ditutup,” katanya kepada pemberita hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Azizan Ahmad dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Datuk Ir Ahmad Jamaluddin Shaaban.

Dalam pada itu, beliau berkata Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) mengesan sebanyak 395 titik panas di Sumatera dan 82 titik panas di Riau, Indonesia semalam.

Wan Junaidi berkata kemerosotan kualiti udara dan keadaan berjerebu yang dialami di beberapa kawasan di Pantai Barat dan Utara Semenanjung ketika ini berpunca daripada kejadian jerebu merentas sempadan dari Kalimantan Barat, Indonesia.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Terdahulu, Wan Junaidi merasmikan Projek Sisa Makanan dan Pertanian (NIBS) yang dikelolakan oleh NAHRIM di Ringlet, di sini.

Projek menggunakan sistem Biodigester itu merupakan sistem pencernaan yang mampu mengurangkan pencemaran air dan alam sekitar, menghasilkan baja organik serta menjana gas metana yang digunakan sebagai sumber bahan api dan tenaga elektrik.

Projek yang menelan kos sebanyak RM245,000 itu mampu mencerna makanan dan sayur-sayuran sehingga 20 kilogram sehari. – BERNAMA

Tags: JerebuWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd