• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turun 480 Kilogram Dalam Masa 2 Tahun

oleh Ahmad Albab
26/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Seorang remaja Saudi berusia 17 tahun yang didakwa antara lelaki paling gemuk di dunia pada 2013 berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 480 kilogram sejak diangkut keluar dari rumahnya untuk menjalani rawatan di hospital dua tahun lalu.

Khaled Al Shaeri diterbangkan dari kediamannya di Jazan, wilayah di selatan Arab Saudi ke Pusat Perubatan Raja Fahd di Riyadh pada Ogos 2013 selepas keadaannya bertambah buruk dengan berat badannya terus meningkat.

Ia mencecah 610 kilogram pada tahun itu.

Akhbar Sada semalam memetik doktor sebagai berkata, Khaled kini mempunyai berat badan 120 kilogram, kurang 490 kilogram dalam masa dua tahun selepas mengikuti program perubatan yang dimulakan beberapa hari selepas dia dimasukkan ke hospital itu.

“Dia sihat sekarang selepas turun kepada 120 kilogram. Dia boleh bergerak dengan lebih baik dan akan pulang ke rumahnya untuk menjalani kehidupan biasa,” kata Dr Ahmed Hikmi, ketua pasukan perubatan yang merawat Shaeri.

Pasukan pertahanan awam dan perubatan menggunakan kren dan katil khas yang diimport dari Amerika Syarikat untuk memindahkan Khaled ke hospital atas arahan Raja Abdullah. – Agensi/myMetro Online

Tags: obesitiremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd