• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Pijak Gambar Pemimpin Bukan Cerminan Masyarakat Berilmu

oleh Ahmad Albab
04/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan memijak gambar pemimpin pada perhimpunan Bersih 4 minggu lalu adalah satu tindakan yang tidak mencerminkan masyarakat berilmu.

Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Madeline Berma berkata mereka bertindak demikian kerana menganggap amalan sivik dan moral, tidak lagi menjadi keutamaan dalam dunia moden sekarang.

“Mereka belajar di sekolah hanya untuk mendapat keputusan cemerlang dan pekerjaan namun bukan lagi mendidik menjadi orang yang tinggi ilmu adabnya,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Beliau diminta mengulas beberapa peserta Himpunan Bersih 4 yang bertindak memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Ini masalah masyarakat kita yang sudah tidak mempedulikan nilai-nilai murni,” katanya.

Sementara itu, tokoh Sastera Negara Prof Madya Dr Lim Swee Tin menyifatkan tindakan itu sebagai biadab dan melampau selain bertentangan dengan amalan masyarakat di negara ini.

“Ia satu bentuk anasir negatif dari negara asing yang cuba dibawa masuk bagi mencetuskan huru-hara dan menggugat kemakmuran yang dinikmati sejak merdeka lagi.

“Dari zaman nenek moyang lagi kita diajar dengan nilai-nilai murni dan positif yang menjadi teras kepada pembinaan negara dan bangsa.

“Malah budaya bangsa kita tanpa mengira kaum, agama dan asal keturunan menjunjung tinggi rasa hormat, bertoleransi dan bersusila,” katanya.

Bagaimanapun, pada masa sama, Swee Tin berpendapat perbuatan itu tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu kaum atau bangsa kerana individu yang melakukan kesalahan itu sahajalah yang harus dipersalahkan.

“Jika pelaku itu berketurunan Cina, sikapnya tidak sama sekali mencerminkan kesemua rakyat kita yang berketurunan Cina, individu itu sahajalah yang harus dipersalahkan dan bertanggungjawab,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=x5tO9tEKFA8

Tags: Bersih 4.0masyarakat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Belasah Pemandu Bas Wanita Kerana Bunyikan Hon

Next Post

Bot Karam Di Sabak Bernam: Najib Ucap Takziah

Related Posts

LHDNM Terus Cakna Bantu Masyarakat

LHDNM Terus Cakna Bantu Masyarakat

23/07/2022
0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) baru-baru ini menyampaikan bantuan menerusi program Hasil Kasih Prihatin 2022 kepada Sekolah Kebangsaan (SK)...

Semoga UMNO Terus Memayungi Masyarakat – Ismail Sabri

11/05/2022
0

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua ahli UMNO untuk meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa...

Next Post

Bot Karam Di Sabak Bernam: Najib Ucap Takziah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd