• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Bayar Lebih Di Hospital, Klinik Kerajaan

oleh Ahmad Albab
27/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan tidak dikenakan bayaran lebih walaupun penyusutan nilai mata wang Ringgit menyebabkan kenaikan harga ubat dan peralatan kesihatan di negara ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam walaupun kerajaan terpaksa menanggung kos lebih tinggi berikutan penyusutan nilai Ringgit, namun kerajaan tidak merancang ‘memindahkan’ kenaikan kos itu kepada rakyat.

Bagaimanapun, katanya mereka yang mendapatkan rawatan daripada hospital swasta mungkin dikenakan bayaran lebih jika penyedia perkhidmatan itu tidak menyerap kenaikan kos itu.

“Kesan daripada keadaan ini ialah pesakit daripada sektor swasta, yang mungkin tidak dapat menampung kos lebih itu, akan berpindah ke hospital kerajaan…itu kemungkinan yang akan berlaku dan kita perlu bersedia,” katanya pada sidang akhbar di sini, malam ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis Makan Malam Tahunan Ke-33 Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di sini.

Dr Subramaniam berkata kenaikan harga ubat dan peralatan kesihatan itu adalah di luar kawalan kerajaan kerana penyusutan nilai mata wang berlaku hampir di seluruh dunia.

Kenaikan harga itu mungkin memberi kesan kepada ubat dan peralatan yang dihasilkan dalam negara.

“Ya, kemungkinan besar (harga naik) kerana banyak peralatan dan ubat kita beli dari luar negara. Ada yang diperbuat di sini seperti ubat generik tetapi bahan mentah untuk membuat ubat itu diimport,” katanya. – mStar Online

 

Tags: hospitalpesakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

23/12/2025
0

SHIMLA (India): Seorang pesakit lelaki berusia 36 tahun mendakwa menjadi mangsa serangan fizikal oleh dua orang doktor di Indira Gandhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd