• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Romantik Sanggup Tidur Bawah Jambatan

oleh Ahmad Albab
25/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHONGQING (China) – Seorang lelaki yang bekerja sebagai pemungut barang terpakai menjadi viral selepas kisahnya untuk berjimat daripada membayar sewa asrama tersebar di Internet.

Lelaki yang dikenali sebagai Xiong memilih tinggal di bawah jambatan kerana mahu berjimat supaya dia boleh membeli rantai emas dan cincin berlian yang dikehendaki isterinya.

Xiong sebelum ini tinggal di asrama yang disediakan kerajaan tempatan.

Bagaimanapun, untuk berjimat, dia mengambil keputusan untuk tinggal di bawah jambatan.

“Di bawah jambatan ini saya boleh berjimat lima yuan sehari. Saya mahu mengumpul wang untuk membeli rantai emas dan cincin berlian untuk isteri saya.

“Saya mahu membelinya di pusat beli-belah, seperti yang dilakukan orang lain di bandar ini,” kata Xiong.

Menurut laporan, Xiong memungut barang terpakai dan menyimpannya sebelum menjualnya.

“Isteri saya sudah berusia lebih 60 tahun. Saya memungut barang terpakai dan yang dibuang orang ramai untuk mendapatkan sedikit wang, Isteri saya pula bertani di kampung kami.

“Saya mahu membeli rantai emas dan cincin berlian sebagai hadiah untuk membuktikan dia tidak salah memilih saya sebagai suami,” katanya. – Agensi

Tags: Chinasuami
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd