• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAN Belum Terima Permohonan Syabas Untuk Laksana Catuan Air

oleh Ahmad Albab
21/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih belum menerima permohonan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) ataupun kerajaan Selangor untuk melaksanakan catuan air.

Pengerusi SPAN Datuk Ismail Kasim dalam satu kenyataan hari ini berkata sebarang keputusan untuk melaksanakan catuan air akan dibuat oleh SPAN apabila mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor setelah berbincang dengan semua operator air termasuk Syabas.

Kenyataan itu susulan kenyataan Syabas minggu lepas bahawa ia sedia melaksanakan catuan air di beberapa kawasan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur berikutan cuaca panas dan kering, serta rizab air terawat yang semakin merosot.

Ismail berkata rizab margin air terawat pada masa ini adalah rendah iaitu antara satu hingga tiga peratus bergantung kepada kawasan, masa dan keadaan.

Katanya, beberapa projek mitigasi serta pembinaan Projek Loji Rawatan Air (LRA) serta Sistem Agihan Langat 2 (SAL2) telah dilaksanakan untuk meningkatkan kapasiti bekalan air di kawasan-kawasan itu.

“SPAN ingin memohon kerjasama daripada semua pihak supaya LRA dan SAL2 dapat dilaksanakan dengan licin dan disiapkan dengan seberapa segera.

“Penyiapan LRA dan SAL2 adalah merupakan langkah penyelesaian untuk memenuhi permintaan bekalan di negeri Selangor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi jangka masa panjang,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ismail berkata bekalan air berjadual di daerah Kota Tinggi dan Johor Baharu di Johor akan diteruskan sehingga 15 Okt ini akibat penyusutan paras air di dua empangan iaitu Empangan Sg Lebam dan Empangan Sg Layang.

Bagaimanapun bekalan air berjadual itu akan diberhentikan sementara waktu dari 23 hingga 25 Sept bersempena sambutan Aidiladha.

“Bekalan air berjadual akan diteruskan selepas tempoh tersebut seperti jadual sebelumnya.”

Katanya, SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJH) telah menyediakan 25 buah lori tangki dan 171 buah tangki statik untuk memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna terlibat di dua buah daerah itu. – BERNAMA

Tags: SPAN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Tidak Boleh Kerjasama Dengan Pengkhianat

Next Post

Jalan Berhampiran Lebuhraya SPRINT Ditutup Sehingga 6 Nov

Related Posts

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

26/09/2023
0

PUTRAJAYA: Penggunaan air untuk tujuan tidak penting seperti menyiram rumput dan taman mungkin akan dikenakan sekatan selepas ini, terutama ketika...

SPAN, JAS Siasat Insiden Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Semantan

SPAN, JAS Siasat Insiden Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Semantan

11/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Air Selangor memulakan siasatan berhubung insiden pencemaran...

Next Post

Jalan Berhampiran Lebuhraya SPRINT Ditutup Sehingga 6 Nov

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd