• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Tony Pua, Permohonan PM Akan Didengar 2 Nov

oleh Ahmad Albab
09/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendengaran permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memadamkan beberapa perenggan dalam afidavit sokongan yang difailkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dalam saman berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan ke 2 Nov ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh tersebut dalam kamar hari ini.

Peguam Alliff Benjamin Suhaimi yang mewakili Pua memberitahu pemberita bahawa pada tarikh yang sama mahkamah juga akan mendengar permohonan Pua untuk membatalkan saman tersebut.

Katanya, Hakim Vazeer turut menetapkan 1 Dis untuk mendengar permohonan Najib bagi memadamkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan difailkan Chan Chee Kong, pemilik portal Mediarakyat.net.

Perdana Menteri, atas kapasiti peribadinya, memfailkan saman fitnah itu pada 5 Mac lepas dan menamakan Pua, 42, dan Chan, 51, sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib berkata pada 13 Nov tahun lepas, Pua, sebagai penceramah utama pada jamuan malam kutipan dana DAP, telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai 1MDB.

Beliau berkata rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh Chan sendiri dan/atau ejennya dalam laman YouTube Mediarakyat dan laman web Mediarakyat yang didakwa menggunakan tajuk berunsur fitnah.

Najib berkata rakaman ucapan itu mengandungi perkataan yang merujuk dan berkaitan dengan dirinya dan memfitnahnya dan individu dikenali sebagai ‘perdana menteri’ dan semestinya merujuk secara spesifik kepada dirinya (Najib).

Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau telah merompak duit rakyat berkaitan urus niaga 1MDB dan oleh itu beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan awam.

Beliau berkata penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu telah merosakkan reputasinya kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.

Sehubungan itu, Najib menuntut ganti rugi am, teladan, kos dan perintah injunksi bagi menahan defendan pertama dan kedua atau ejen-ejen mereka daripada menerbitkan lagi perkataan-perkataan fitnah itu terhadapnya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakTony Pua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kenyataan Tony Pua Umpama Lafaz Talak Tiga’ – Ka Siong

‘Kenyataan Tony Pua Umpama Lafaz Talak Tiga’ – Ka Siong

24/06/2023
0

SHAH ALAM - MCA meluahkan rasa kesal terhadap tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN)...

‘DAP Dicabar Pecat Tony Pua Kerana Hina UMNO, BN’

‘DAP Dicabar Pecat Tony Pua Kerana Hina UMNO, BN’

24/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dicabar mengambil tindakan tegas dengan memecat Tony Pua susulan tindakan bekas Setiausaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd