• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Tak Perlu Ditambat Pada Dolar AS, Kata Zeti

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Ringgit tidak perlu ditambat kepada dolar AS walaupun pada masa ini mata wang tempatan itu meneruskan trend menurun,” kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

“Jika anda tambat ringgit, perkara lain akan melaras, sama ada harga atau keadaan permintaaan, dan perkara itu mungkin mempunyai kesan lebih besar ke atas ekonomi kita,” katanya kepada pemberita di Simposium Global Peringkat Tinggi Malaysia-OECD Mengenai Kesejahteraan Kewangan di sini, hari ini.

Ketika ini, kata Zeti, kerajaan tidak merancang sebarang langkah seperti kawalan modal kerana Malaysia mempunyai mekanisme yang melaras kepada keadaan ekonomi tertentu.

“Apa yang mahu kita tunjukkan ialah apabila kita mempunyai asas ekonomi yang membolehkan kita melaras, dan apabila ketidaktentuan berkurang, kekukuhan mata wang kita akan pulih kembali,” katanya.

Zeti berkata, penyusutan ringgit adalah disebabkan pelbagai faktor di peringkat global dan BNM akan pastikan pasaran akan kekal teratur.

“Bagi persekitaran domestik, kita perlu cuba menyelesaikan semua kelemahan dan ketidakpastian bagi menawarkan keyakinan kepada rakyat Malaysia dan bukan pemastautin yang terlibat dalam ekonomi dan sistem kewangan kita.

“Kita perlu berada dalam kedudukan mampu bertahan dalam tempoh seperti ini,” kata Zeti.

ringgit-lemah-azizan-osman

Mengenai kemungkinan penyusutan ringgit akan menjejaskan import, Zeti berkata, BNM belum lagi mengesan sebarang hubungan di antara kedua-dua perkara itu.

“Keadaan pemintaan adalah lebih penting dalam menjejaskan eksport dan import kita tetapi saya pasti akan terdapat paras di mana ia mula memberikan kesan.

“Kita perlu memantau dan melihat maklumat yang diterima. Setakat ini rekod pencapaian dan pengalaman kita telah menunjukkan yang permintaan (global dan domestik), menjadi faktor utama dalam menjejaskan eksport dan import,” katanya.

Mengenai ramalan ringgit sehingga akhir tahun, Zeti berkata, ia bergantung kepada perkembangan selanjutnya kerana terdapat terlalu banyak ketidaktentuan dalam dunia ketika ini, termasuk bilakah Bank Rizab Persekutuan AS akan keluar daripada kadar faedah sifar serta harga tenaga dan komoditi.

“Kita perlu menunjukkan kita boleh terus hidup di bawah ketidaktentuan itu. Walaupun berlaku pelbagai rintangan, kita telah berulang kali menunjukkan yang kita mampu pulih dengan agak cepat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dadah: 2 Beranak Warga Iran Dijatuhi Hukuman Mati

Next Post

Kes Saman Terhadap PAS, Mustafa Ali Mungkin Diselesai Cara Baik

Related Posts

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hadir dan dijangka dan memberi kenyataan...

Isu Zeti : Banyak Soalan Tidak Dijawab

02/12/2021
0

SPRM sudah buat pendedahan. Najib juga sudah buat laporan polis. Rakyat tunggu tindakan seterusnya kerana timbul terlalu banyak persoalan. Siapa...

Next Post

Kes Saman Terhadap PAS, Mustafa Ali Mungkin Diselesai Cara Baik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd