• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramli MS: AF Tak Perlu Ganti Tempat Ditinggalkan Che Ta

oleh AK-47
19/09/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGARAH muzik dan pengkritik tetap Akademi Fantasia (AF) 2015, Datuk Ramli MS mencadangkan kerusi juri tetap yang ditinggalkan Rozita Che Wan atau Che Ta tidak perlu digantikan oleh mana-mana pihak.

Ini kerana menurutnya bagi menghormati keputusan yang telah dibuat oleh aktres berusia 42 tahun itu.

Memetik Harian Metro, Ramli berkata, “Saya bimbang jika digantikan dengan sesiapa, secara tidak langsung akan timbul persepsi umum yang mempertikaikan kewibawaan Che Ta sebagai pengkritik tetap sebelum ini.

“Ia seolah-olah seperti Che Ta tidak layak (jadi pengkritik) sehingga jadi isu begitu dan terpaksa digantikan pula dengan orang lain.

“Sedangkan dia dilantik atas kapasiti pengkritik umum yang mewakili suara dan pandangan orang awam. Cuma kebetulan Che Ta terkenal kerana dia seorang selebriti,” katanya.

Sementara itu, Ramli turut tidak menyalahkan Che Ta di atas segala kontroversi yang berlaku sebaliknya memahami tugas yang perlu dipikul aktres itu sepanjang AF 2015 bersiaran.

“Saya lihat Che Ta tidak bersalah dalam perkara ini,” katanya yang dipetik portal tempatan mStar.

Sebaliknya, Ramli merasakan pengetua AF 2015, Edry Abdul Halim sendiri dan tenaga pengajar yang lain bersifat prejudis dengan pihak pengkritik.

“Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham,” ujarnya lagi.

Che Ta mengambil keputusan menarik diri daripada AF 2015 selepas dirinya diherdik Edry secara live sebaik selesai persembahan pelajar bernama Sufi yang disifatkannya sebagai tidak cukup rock ketika menjayakan konsert bertemakan rock, minggu lalu. – MYNEWSHUB.CC

Akademi Fantasia 2015: Edry terkilan dengan komen negatif

Tags: Akademi FantasiamyArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd