• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Tingkatkan Pengeluaran Pesona

oleh Ahmad Albab
06/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PROTON Holdings Bhd kini meningkatkan pengeluaran di samping menambah stok pengedar di seluruh negara untuk kereta sedannya, Persona.

Ini berikutan kenaikan permintaan yang kukuh untuk kereta berkenaan yang pertama kali dilancar pada Ogos 2007.

“Selepas menyaksikan permintaan kukuh untuk kereta buatan tempatan itu berikutan kejatuhan ringgit, kami gembira kerana lebih ramai rakyat Malaysia memilih Persona sebagai kereta pilihan mereka disebabkan saiznya yang besar, penggunaan bahan api yang sederhana dan kos penyelenggaraan yang rendah,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Sejak dilancarkan sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 265,882 unit Persona telah berjaya dijual.

“Segmen kereta sedan itu telah menunjukkan pertumbuhan yang tinggi sejak beberapa tahun lalu dan kumpulan pembeli telah berkembang daripada keluarga tradisional kepada golongan muda dan profesional,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dipacu enjin Campro IAFM 1.6 liter, Persona boleh diperoleh dalam dua varian, iaitu is Persona Super Value (SV) dan Persona Executive, berharga daripada RM44,658.

Tempoh menunggu untuk PROTON Persona, ketika ini adalah satu bulan.

Pelanggan digalak mengunjungi mana-mana bilik pameran PROTON di seluruh negara dan memandu uji kereta berkenaan.

PROTON kini menjalankan kempen promosi ulang tahun ke-30 sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Bayaran muka yang rendah untuk kereta PROTON terpilih sehingga RM3,000 untuk jualan balik kereta, kadar pembiayaan yang menarik serendah 1.99 peratus serta lanjutan waranti 7 tahun, boleh dinikmati pembeli baharu. – BERNAMA

Tags: Proton
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Kantoi Sudah… Pemandu Teksi Gila Seks Melancap

Next Post

Kereta Dipercayai Milik Kevin Ditemui Terbakar

Related Posts

Lakukan Pemeriksaan 5-Mata Pada Kereta Anda

26/04/2020
0

SEJAK PKP dilaksanakan, kita mungkin secara tidak langsung mengabaikan kereta yang dimiliki kerana kita tidak dibenarkan untuk memandunya ke tempat...

Jualan Proton Melonjak 100% Pada Bulan November

04/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional, Proton, mencatatkan satu lagi prestasi kukuh pada November apabila jualan tahun ke tahunnya meningkat...

Next Post

Kereta Dipercayai Milik Kevin Ditemui Terbakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd