• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Calon SPM Dan Rakan Geng Curi Motosikal

oleh Ahmad Albab
26/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan dua pelajar sekolah yang merupakan geng curi motosikal dalam dua serbuan di Kampung Alma, di sini pada Selasa dan Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata bertindak hasil intipan dan risikan sejak minggu lepas, sepasukan polis Unit Khas membabitkan kes curi motosikal menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun pada pukul 6 petang di Kampung Alma, Selasa lepas.

“Susulan penahanan pelajar tingkatan empat itu, polis menyerbu satu lagi rumah di kampung yang sama kira-kira pukul 11 malam keesokannya dan menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun,” kata Rusli di sini hari ini.

Beliau berkata ekoran penahanan dua pelajar itu, polis berjaya merampas dua motosikal jenis Yamaha 125 dan Yamaha SS 110 di rumah mereka serta dua rangka motosikal yang telah dileraikan.

“Rangka motosikal berkenaan telah dibuang dalam tali air di kawasan kampung mereka manakala komponen kenderaan itu diambil dan dijual dengan harga murah,” katanya.

Rusli berkata polis percaya penahanan dua remaja itu dapat menyelesaikan empat kes curi motosikal membabitkan tiga kes di daerah SPT dan satu kes di Seberang Perai Utara (SPU).

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan penglibatan dua pelajar berkenaan dalam kes curi motosikal yang lain.

“Polis juga sedang mengesan seorang lagi rakan mereka iaitu pelajar lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai terlibat dengan geng itu,” katanya.

Menurut Rusli kumpulan itu dipercayai terlibat dengan aktiviti curi motosikal sejak dua bulan lepas dan mereka menggunakan kenderaan berkenaan untuk kegunaan sendiri serta menjual komponennya.

Dua pelajar itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

Tags: curi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cerita Unik Masjid Moscow, Kedua Terbesar Di Benua Eropah

Next Post

Islamic Relief Malaysia Kumpul RM100,000 Untuk Pelarian Syria

Related Posts

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

Curi Duit Tabung Masjid, Pencuci Kereta Kena Jel 3 Hari Denda RM3,000

Curi Duit Tabung Masjid, Pencuci Kereta Kena Jel 3 Hari Denda RM3,000

29/08/2023
0

REMBAU: Pencuci kereta dihukum penjara tiga hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Rembau selepas didapati mencuri duit tabung masjid....

Next Post

Islamic Relief Malaysia Kumpul RM100,000 Untuk Pelarian Syria

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd