• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ucap Takziah Tragedi Rempuhan Di Mina

oleh AK-47
26/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden rempuhan di Mina, Arab Saudi hari ini.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Sedih terima berita tragedi di Mina. Takziah kepada keluarga mangsa. InsyaAllah mereka dimasukkan di kalangan syuhada,” catat Najib dalam laman Twitternya malam ini.

Perdana menteri turut meminta jemaah haji Malaysia agar mengikut arahan dan peraturan yang telah ditentukan oleh Tabung Haji agar urusan haji berjalan dengan sempurna dan selamat.

Tabung Haji akan mengambil tindakan segera mengesahkan status jemaah haji Malaysia dan melaporkan kepada beliau, katanya.

“Setakat ini tiada laporan kematian membabitkan jemaah haji Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam laman Twitternya turut melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi itu.

“Saya merasa dukacita kejadian di Mina. Saudi telah lakukan terbaik. Semoga roh hujaj (jemaah haji) terlibat ditempatkan sebagai para solihin dan syuhada,” katanya.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu (waktu tempatan), lebih 700 jemaah haji dilaporkan terkorban manakala beratus lagi cedera dalam kejadian rempuhan di kawasan perkhemahan jemaah dari negara-negara Arab.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam sidang media berhubung perkara itu mengesahkan tiada jemaah Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah hari ini.– BERNAMA

Tags: Mina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Dipilih Untuk Kempen ‘Green Haj’ Di Mina

13/08/2019
0

MAKKAH - Maktab 80, sebuah daripada sembilan maktab yang menempatkan jemaah haji Malaysia, dipilih kerajaan Arab Saudi untuk kempen Green...

Tragedi Mina: Agensi Berita AP Dakwa Lebih 1,450 Jemaah Maut

14/10/2015
0

TRAGEDI rempuhan yang berlaku di Mina baru-baru ini dipercayai adalah peristiwa paling dahsyat yang pernah berlaku dalam sejarah ibadah haji,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd