• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Luangkan Masa Lawat Haron Din Di IJN

oleh AK-47
21/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarah Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur menjadi viral di media sosial.

Perkara tersebut yang mengejutkan pelbagai pihak turut dikongsikan bersama oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menerusi di laman Twitter dan Facebook milik beliau, pada tengah hari Sabtu.

“YAB PM sempat melawat Dato Ustaz Haron Din di IJN sebentar tadi (19/9/15). Didoakan moga segera sembuh, Insya’Allah,” tulis ringkas Ahli Parlimen BN kawasan Pontian itu.

Melihat gambar yang dimuat naik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, Haron dan Najib masing-masing dilihat agak santai duduk bersebelahan di kerusi sambil tersenyum mesra.

Menurut laporan portal berita tempatan, mStar Online, Haron, 74 tahun; dimasukkan ke Unit Rawatan Komprehensif IJN berikutan masalah komplikasi jantung yang dihidapi sejak Khamis lalu.

Najib pernah beberapa kali meluangkan masa menziarahi Haron sebelum ini. – Gambar hiasan

Memang kelaziman Presiden UMNO itu melawat pemimpin PAS yang menerima rawatan termasuk bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun kunjungan Najib terhadap Haron dilihat kebanyakan pemerhati politik tanah air agak signifikan selepas kejayaan Himpunan Rakyat Bersatu sempena peristiwa Hari Malaysia pada 16 September lalu.

Perhimpunan yang dikenali juga sebagai Baju Merah mendapat sambutan di luar dugaan apabila disertai lebih 200,000 peserta majoritinya Melayu dengan agenda untuk mempertahankan maruah kaum pribumi itu.

Ia juga sebagai tindak balas kebiadapan 20,000 peserta Bersih 4.0 yang menghina pemimpin Melayu dan tidak menghormati acara kemerdekaan yang dijadualkan di Dataran Merdeka ketika itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Haron DinNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd