• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertandingan Melukis, Reka Cipta Galak Pelajar Kuasai ICT

oleh Ahmad Albab
28/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pertandingan melukis dan mereka cipta kad ucapan sempena Hari Guru merupakan medium terbaik menggalakkan pelajar menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata, acara pertandingan itu bukan sahaja berupaya menjadikan mereka sebagai generasi yang maju ICT tetapi seiring membangun dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Usaha dan inisiatif bagi mengenang jasa guru ini adalah satu usaha yang murni dan seharusnya menjadi ikutan pihak lain dalam menganjurkan program sedemikian,” katanya ketika berucap menyempurnakan penyampaian hadiah pertandingan melukis Kad Hari Guru peringkat Sabah dekat sini, Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat.

Pada tahun ini, sebanyak 1,192 peserta menyertai dua kategori yang dipertandingkan iaitu lukisan bebas dan lukisan berkomputer. Hasil karya pemenang dicetak pada 220,000 keping kad dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malayu, Mandarin dan Inggeris serta diedarkan secara percuma ke setiap sekolah.

Program tahunan sejak 2005 itu dianjurkan oleh Persatuan Guru-guru Cina Sabah, Persatuan Guru-Guru Besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kota Kinabalu dan Majlis Guru Besar Kota Kinabalu dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah.

Dalam pada itu Musa berkata, tanggungjawab guru untuk mendidik anak bangsa semakin kompleks dan menuntut komitmen lebih tinggi dalam tugasan harian.

“Namun saya percaya, warga pendidik negeri ini akan lebih peka dan proaktif untuk menjadikan dunia pengajaran dan pembelajaran sebagai sesuatu yang menyeronokkan bagi para pelajar,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri akan kekal memberi sokongan dan bantuan terhadap segala perancangan dan komitmen kerajaan pusat menerusi Kementerian Pendidikan untuk terus memacu kecemerlangan pendidikan di Sabah. – BERNAMA

Tags: ICTrekaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah: 5 Okt Keputusan Permohanan Bantahan Awal Hadi

Next Post

Presiden PBNJ Ke Kuwait Beri Sokongan Kepada JDT

Related Posts

MSC Malaysia Dinamakan Semula Jadi Malaysia Digital

12/01/2022
0

KUALA LUMPUR: MSC Malaysia yang diperkenalkan pada 1996 akan dipertingkat dan dinamakan semula sebagai Malaysia Digital. Menteri Komunikasi dan Multimedia,...

Malaysia Perlu Cari Kaedah Juarai ICT – Gobind

13/11/2018
0

PETALING JAYA - Malaysia perlu segera mencari kaedah untuk juarai bidang industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan jadi pemimpin...

Next Post

Presiden PBNJ Ke Kuwait Beri Sokongan Kepada JDT

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd