KUALA LUMPUR – Aktiviti perniagaan di kawasan Petaling Street di sini hari ini kembali seperti biasa setelah ditutup semalam susulan himpunan ‘baju merah’.
Para pelancong seperti kebiasaan turut mengunjungi kawasan beli-belah itu.
Penolong Audit Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Jon Sem Lee turut memuji komitmen pihak polis termasuk pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengawasi kawasan tersebut semasa perhimpunan.
“Kami berterima kasih kepada pihak pihak polis dan FRU yang telah menjalankan tugas mengawal keselamatan dan keamanan tempat ini dengan baik sekali,” katanya kepada Bernama.
Aktiviti perniagaan di Bukit Bintang dan Plaza Low Yat turut beroperasi seperti biasa.
Seorang peniaga peralatan kamera di Plaza Low Yat, Jordan Tan Kok Sing berkata dia gembira dapat kembali berniaga hari ini dengan suasana tenang dan aman. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=ebl5O86wNJg