• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PERGHH.. Sanggup Berhabis RM47,000 Demi Sebiji Helmet

oleh AK-47
13/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERCAYA atau tidak, sebiji topi keledar telah dijual dengan harga RM47,000.

Mungkin kedengaran tidak masuk akal, tapi bagi seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Mok, dia sanggup berhabisan duit demi mendapatkan barang idamannya itu setelah sekian lama mencari.

Apatah lagi, topi keledar Shoei jenis J-Force II Jack Red berwarna merah itu merupakan barang unik dan sukar ditemui.

Menurut penjual topi keledar berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hazwan, 29 tahun, topi keledar itu diperoleh dari Jepun melalui seorang perantara dari Singapura yang membuat bidaan harga sebelum dia membelinya dan dibawa masuk ke negara ini.

Namun, Hazwan enggan mendedahkan harga topi keledar itu ketika membelinya.

“Saya menganggap harga yang ditawarkan selepas melakukan bidaan iaitu RM47,000 itu sangat berpatutan berbanding harga sebenar lebih RM60,000.

“Selepas seminggu dibawa masuk ke Malaysia, topi keledar itu dibeli seorang lelaki India berusia 30-an dikenali sebagai Mok yang juga penggemar dan pengumpul barangan itu pada Isnin lalu.

“Dia (Mok) teruja ketika melakukan pembelian dan wang bukan halangan baginya untuk memenuhi kehendak dan kepuasannya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berita kejayaannya menjual sebiji topi keledar dengan harga RM47,000 itu ternyata mengundang pelbagai reaksi apabila ia menjadi viral di media sosial, baru-baru ini.

Bagaimanapun, bapa kepada anak berusia lapan bulan dari Shah Alam, Selangor ini tidak mahu mengambil pusing pandangan negatif yang dilemparkan berkenaan harga topi keledar yang ditawarkan itu.

Bagi dirinya, dia percaya kalau sudah minat, wang ringgit bukanlah halangan.

BACA: Video: Lelaki Ini Sanggup Berhabis RM17 Ribu Untuk Satu Vapor

Terdahulu, seorang lelaki sanggup menghabiskan RM17,000 bagi mendapatkan sebuah Vapor ‘limited edition’ dalam sebuah acara lelongan turut menjadi bualan hangat di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Bi2YQY4eGzE

Tags: helmetkeledar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Helmet Pintar 360Fly X Bell Mempunyai Fungsi Autopilot

09/02/2016
0

Semua orang pernah tengok Iron Man dan semua orang tahu bila Tony Stark pakai suit dia akan bercakap dengan Jarvis...

Apa Kes… Pakai Helmet MS88 Boleh Kena Saman?

06/02/2015
0

JIKA anda merupakan rider atau penunggang motosikal di Malaysia, anda pasti tahu sejenis helmet yang diberi nama MS88. Ada yang mengatakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd