• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penternak Sokong Usul Mansul GST Makanan Ternakan

oleh Ahmad Albab
03/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Penternak, petani dan peladang di sini menyokong usul Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi sumber ternakan seperti makanan, vaksin dan vitamin dimansuhkan.

Mereka menyifatkan usul itu, jika dipersetujui kelak adalah ‘langkah yang berpatutan dan amat melegakan’ kerana membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi golongan terbabit.

Pengerusi Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Bera Ahmad Wok berkata pemansuhan GST ke atas barangan berkenaan juga diyakini dapat menggalakkan lebih ramai individu berminat mengusahakan projek ternakan, bagi menjana pendapatan mereka.

“Cukai GST ke atas makanan ternakan sekarang membebankan penternak kerana harga makanan itu naik, dan secara tidak langsung mereka terpaksa menaikkan harga jualan ternakan bagi menampung perbelanjaan,” katanya di sini, hari ini.

Pada 2 Sept lalu, Ahmad Shabery berkata beliau akan membawa usul yang disuarakan menerusi memorandum penternak di Selangor agar GST sumber ternakan dimansuhkan ke Kabinet.

Beliau berkata usul itu mempunyai asas kerana cukai baharu yang dilaksanakan pada 1 April lalu tidak boleh dikenakan terhadap hasil jualan ternakan seperti ayam, kambing dan lembu kepada pengguna.

Sementara itu, seorang penternak ikan sangkar di sini, Shafie Lebai Man, 58, berkata pemansuhan GST makanan ternakan itu akan dapat membukti keprihatinan kerajaan dalam mendengar rintihan dan denyut nadi rakyat.

Beliau berkata kerajaan juga selama ini banyak memberikan pelbagai bantuan serta subsidi kepada petani, peladang dan penternak yang secara tidak langsung turut meringankan sedikit bebanan yang dialami.

Terdapat lebih 54 penternak ikan sungai; 23 penternak lembu dan kambing; 32 penternak ayam dan puyuh di Bera. – BERNAMA

Tags: GSTPenternak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd