• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjualan Penutup Hidung & Mulut Ketika Jerebu Dipantau

oleh Ahmad Albab
29/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua pejabat negeri serta cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diarah melaksanakan pemeriksaan penjualan penutup hidung dan mulut di pasaran berikutan keadaan jerebu ketika ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Roslan Mahayudin berkata pemeriksaan itu penting bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesemparan untuk memanipulasi harga demi mengaut keuntungan berlebihan selain mencegah aktiviti menyorok bekalan.

Katanya 2,200 anggota penguatkuasa KPDNKK di seluruh negara telah digerakkan bagi mempertingkatkan pemeriksaan dan membuat pemantauan aktif ke atas semua peringkat pemborong serta peruncit.

“Permintaan terhadap penutup hidung dan mulut dijangka meningkat ekoran fenomena jerebu yang melanda negara menyebabkan Indeks Pencemaran Udara dilaporkan berada pada status tidak sihat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Roslan penutup hidung dan mulut merupakan barangan terkawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang mana individu didapati bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta berkenaan pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000, katanya.

Roslan menambah penutup hidung dan mulut juga merupakan barangan terkawal di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan ia memperuntukkan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya bagi individu yang menyorok serta enggan menjual barang kawalan.

“Bagi kesalahan kedua, denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Manakala bagi syarikat ia boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan kedua denda tidak melebihi RM5 juta,” kata Roslan. – BERNAMA

Tags: JerebuKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd