• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengakuan Bertulis Justo Tunjuk Usaha Terperinci Guling Kerajaan

oleh Ahmad Albab
12/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan sendiri bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Justo Andre, menunjukkan terdapat ‘usaha-usaha secara terperinci’ untuk menggulingkan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh membuka kertas siasatan terhadap individu yang dinamakan oleh Justo dalam pengakuan bertulisnya.

“PDRM mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa Thailand bagi melakukan tindakan-tindakan selanjutnya terutama dalam membuka kertas siasatan sebelum ia diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata semua dokumen yang menjadi sumber berita yang disiarkan dalam akhbar The New Straits Times adalah dokumen yang diperoleh daripada pihak berkuasa Thailand di mana butir dan bahan dicatatkan dalam pengakuan bertulis Justo.

“Walaupun Justo menyatakan beliau hanya berniat untuk memperoleh sumber kewangan dan bukan melakukan tindakan selain daripada itu tetapi jelas terdapat usaha-usaha secara terperinci dilakukan oleh orang-orang yang disebutkan namanya.

The New Straits Times hari ini melaporkan bahawa anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berminat membeli data mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri Justo pada tahun 2011.

Justo dilaporkan mahu bayaran tunai berjumlah US$2 juta bagi dokumen berkenaan mendakwa editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown bertindak sebagai brokernya dan bertanggungjawab membawa Nurul Izzah ke dalam urusan itu.

Namun, tawaran Nurul Izzah ditolak kerana mahu membayar dalam bentuk kontrak kerajaan sebaik pembangkang mengambil alih kuasa.

Justo, warga Switzerland, kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Bangkok atas kesalahan memeras ugut bekas majikannnya PetroSaudi International. – BERNAMA

Tags: KerajaanXavier Andre Justo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hamil 3 Bulan, Linda Rafar Dakwa Dicerai Pagi Tadi

Next Post

Penyokong Baling Suar, Aksi Malaysia-Arab Saudi Dihentikan

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post

Penyokong Baling Suar, Aksi Malaysia-Arab Saudi Dihentikan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd