• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencapaian Pendidikan Orang Asli Kini Setanding Masyarakat Lain

oleh Ahmad Albab
11/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Masyarakat Orang Asli di Malaysia kini sudah melalui paradigma baharu terutamanya dalam bidang pendidikan sekali gus menjadikan mereka setanding dengan masyarakat lain di negara ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata hari ini seramai 3,500 masyarakat Orang Asli memiliki kelulusan ijazah dan daripada jumlah itu, empat merupakan pemegang ijazah doktor falsafah, 80 pemilik ijazah sarjana dan yang selebihnya lulusan ijazah sarjana muda.

“Jumlah ini tidak termasuk masyarakat Orang Asli yang memiliki diploma dan pelbagai sijil. Ini merupakan bukti masyarakat Orang Asli hari ini setanding dengan masyarakat lain.

“Persepsi negatif yang dikaitkan dengan kemunduran sudah tidak ada pada masyarakat Orang Asli hari ini,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama pelajar Orang Asli yang akan berlepas untuk mengikuti program ijazah luar negara di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, sejak 2011 kerajaan melalui Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengambil langkah menaja pelajar Orang Asli ke luar negara setiap tahun.

Pada tahun 2011, lapan pelajar ke luar negara, 2012 (enam), 2013 (11), 2014 (14) dan tahun ini seramai 13 orang, katanya.

“Jika keadaan ekonomi mengizinkan, kerajaan boleh menambah bilangan pelajar Orang Asli yang dihantar ke luar negara tahun depan,” tambah beliau.

Ismail Sabri berkata daripada 13 pelajar Orang Asli yang melanjutkan pengajian ke luar negara tahun ini, 10 akan mengikuti program sarjana muda dan tiga lagi merupakan pelajar sarjana.

“Sembilan akan ke United Kingdom, tiga ke Australia dan seorang lagi ke Pennsylvania State University, Amerika Syarikat,” katanya.

Antara program yang akan diikuti para pelajar Orang Asli berkenaan ialah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Petroleum di University of Portsmouth, Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Permainan di University of Chester, Sarjana Muda Seni dalam Animasi di Northumbria University dan Sarjana Muda Sains dalam Sains Bioperubatan di Manchester Metropolitan University. – BERNAMA

Tags: Orang Asli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Bayi Dalam Plastik Digantung Di Pagar Masjid

Next Post

Hampir 17,000 Jemaah Malaysia Kini Berada Di Tanah Suci

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

Next Post

Hampir 17,000 Jemaah Malaysia Kini Berada Di Tanah Suci

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd