• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Yakin Wakil Rakyatnya Di Kelantan Tidak Sertai PAN

oleh Ahmad Albab
17/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yakin 10 wakil rakyatnya di negeri ini tidak akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) yang sedang dalam proses pendaftaran.

Beliau berkata dakwaan untuk melompat parti hanya khabar angin atau gerak saraf daripada pihak lawan.

“Parti itu (Amanah) pun tak ada lagi, sekarang yang ada Parti Pekerja-Pekerja Malaysia. Kita tak pasti Amanah wujud atau tak sebab ia (penubuhannya) melibatkan soal undang-undang dan kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Kita kena tengok dulu. Dia (Amanah) kena pastikan ia wujud terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan pengerusi Amanah negeri ini Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang dilapor sebagai berkata 10 wakil rakyat PAS di negeri ini akan menyertai Amanah pada Januari tahun depan.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata beliau yakin 10 wakil rakyat tersebut masih setia dengan PAS dan tidak mudah untuk melompat parti kerana terikat dengan bai’ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dikenakan PAS kepada semua wakil rakyatnya di Kelantan.

Beliau berkata kesemua mereka yang didakwa terlibat juga tidak perlu dipanggil untuk menjalani siasatan.

“Saya percaya dengan rakan-rakan saya di Kelantan, tak perlu panggil sebab kita kenal semua mereka dan kita tahu mereka akan kekal bersama kita,” katanya. – BERNAMA

 

 

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lisa Surihani, Yusry Timang Cahaya Mata Perempuan

Next Post

Ahmad Maslan Konvoi Bersama Peserta Himpunan ‘Baju Merah’

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Ahmad Maslan Konvoi Bersama Peserta Himpunan 'Baju Merah'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd