• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tak Berguna Tanpa Golongan Progresif – DAP

oleh Ahmad Albab
27/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jangan bimbang Pakatan Harapan tanpa PAS!

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong sebaliknya berkata, hujah kononnya Pakatan Harapan akan berdepan kesukaran tanpa PAS merupakan pandangan yang tersasar.

“Pandangan yang tersasar apabila memperkatakan tiidak praktikal tidak memasukkan PAS dalam Pakatan Harapan untuk meraih pengundi Melayu.

“Kita tidak harus lupa bahawa tanpa golongan progresif (dalam PAS), PAS tidak mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan pengundi Melayu bandar apatah lagi pengundi bukan Melayu,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Pemilihan PAS pada Jun lalu menyaksikan pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat yang dijulang sebagai puak Islam progresif oleh DAP disingkirkan daripada parti itu.

Pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat itu kemudiannya menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) untuk bersaing dengan PAS sebagai sebuah parti Islam.

PAN turut menyertai gabungan baharu pembangkang iaitu Pakatan Harapan yang dianggotai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam usaha merampas kerajaan Persekutuan.

Chin Tong turut menjelaskan, terdapat kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DU) yang kini dikuasai PAS sebenarnya sukar dimenangi parti itu tanpa golongan Islam progresif.

Justeru, katanya, Pakatan Harapan perlu menyakinkan pengundi Melayu terutama di kawasan bandar bahawa pembangkang akan menjadi sebuah kerajaan yang lebih baik berbanding UMNO jika menang pilihan raya umum.

“Sebenarnya (kemenangan pembangkang) tiada kena mengena dengan PAS,” katanya. – mynewshub.cc

 

 

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd