• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN, PSM Bertelagah Isu Keanggotaan Pakatan Harapan

oleh Ahmad Albab
29/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) bukan hanya disingkir daripada Pakatan Rakyat kerana menolak Artikel 153 berkenaan hak-hak keistimewaan Bumiputera.

Pemimpin Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad sebaliknya mengesakan, PSM turut diketepikan daripada Pakatan Rakyat kerana keanggotaannya dibantah keras oleh PAS sebelum Pakatan Rakyat berkubur pada Jun lalu.

“Apabila ingin mengimbau kembali mengapa PSM telah tidak bersama Pakatan Rakyat, maka timbul dua versi yang berbeza.

“Versi pertama menyatakan bahawa ianya adalah atas sebab PSM tidak bersetuju dengan sebahagian dari dasar bersama Pakatan Rakyat, khususnya penerimaan artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Versi kedua penerimaan mereka sebagai anggota Pakatan Rakyat telah dibantah oleh PAS pada ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Khalid berkata, PSM tidak boleh mempertikaikan mengapa parti itu tidak dijemput menyertai rundingan meja bulat penubuhan Pakatan Harapan baru-baru ini sedangkan PAN secara automatik menjadi anggota gabungan baharu parti pembangkang tersebut.

“Pada dasarnya sidang meja bulat Pakatan Harapan diadakan untuk menghidupkan kembali Pakatan Rakyat yang telah berpecah.

“Oleh itu hanya parti yang terlibat dengan Pakatan Rakyat dijemput sebagai langkah permulaan. PAN walaupun parti baharu yang bukan sebahagian dari Pakatan Rakyat sebelum ini, anggota dan pimpinannya merupakan pimpinan PAS pada ketika itu,” jelasnya.

Bagaimanapun, jelas Khalid, PSM masih berpeluang menyertai Pakatan Harapan tetapi perlu menjelaskan pendirian parti itu berhubung dasar bersama Pakatan Rakyat dan hak-hak keistimewaan Bumiputera terlebih dahulu.

Tegasnya, melalui itu pendirian PSM akan lebih difahami semua pihak berbanding daripada melenting menuduh beliau sebagai penipu dalam kenyataannya yang mendakwa PSM menolak hak keistimewaan Bumiputera pada sidang akhbar rundingan meja bulat Pakatan Harapan baru-baru ini.

PSM pada 24 September lalu menegaskan parti itu tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh dua pemimpin Pakatan Harapan, Dr. Ong Kian Ming dan Khalid Samad mengenai ketiadaan parti berkenaan dalam rundingan meja bulat Pakatan Harapan.

Bekas Setiausaha PSM, S. Arulchelvan berkata, kenyataan kedua-dua pemimpin berkenaan bahawa PSM tidak menerima Polisi Bersama Pakatan Rakyat sebelum ini dan juga menolak Artikel 153 berkenaan hak-hak keistimewaan Bumiputera adalah satu pembohongan dan tidak masuk akal. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Majikan Paksa Pekerja Asing Tarik Balik Aduan – PSM

Majikan Paksa Pekerja Asing Tarik Balik Aduan – PSM

25/03/2024
0

Tiga pekerja Bangladesh yang ditahan reman oleh polis berhubung insiden pertengkaran minggu lalu mendakwa majikan mereka cuba memaksa mereka untuk...

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

04/12/2023
0

PETALING JAYA – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendapat kritikan hebat selepas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd