• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Ramai Diseru Sertai Perhimpunan 16 September

oleh Ahmad Albab
08/09/2015
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyeru orang ramai menyertai perhimpunan besar-besaran Himpunan Rakyat Bersatu yang akan diadakan di ibu negara pada 16 September ini.

Kata beliau, perhimpunan anjuran Persatuan Silat Kebangsaan (Pesaka) itu akan mengabungkan orang ramai untuk menunjukkan penyatuan mereka dalam menyelamatkan Malaysia daripada anasir luar dan songsang.

“Pesaka akan menganjurkan perhimpunan dari pukul 9 pagi. Untuk mengelak kesesakan digalakkan berjalan kaki dari masjid dan LRT ke Padang Merbok di Jalan Parlimen Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, Himpunan Rakyat Bersatu anjuran persatuan-persatuan silat itu bertujuan mempertahankan demokrasi luhur, menolak chauvanis kaum ala DAP dan memupuk sikap kecintaan, hormat serta kesatuan.

Kata beliau, perhimpunan itu juga bertujuan mempertahankan kestabilan negara dan menolak campur tangan warga asing dalam menentukan hal ehwal Malaysia.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP membantah perhimpunan tersebut kerana didakwa bakal mengundang isu perkauman dalam negara.

Ironinya, PKR dan DAP dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi secara melampau termasuk kebebasan mengamalkan gaya hidup gay dan lesbian membuat perhimpunan di ibu negara baru-baru ini.

Perhimpunan yang majoritinya disertai kaum Cina itu turut mengadakan acara memijak-mijak gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: NGOPerhimpunan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KAFA Mahu Tengku Abdullah Kekal Presiden FAM

Next Post

Jasa Dan Sumbangan Wanita Sentiasa Dihargai – KM Sabah

Related Posts

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

15/12/2024
0

KOTA BHARU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedia membantu keluarga menguruskan jenazah lelaki dengan berat 420 kilogram...

Presiden NGO Ditahan Disyaki Khalwat

Presiden NGO Ditahan Disyaki Khalwat

31/07/2024
0

Kuala Lumpur : Presiden sebuah pertubuhan amal ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini, disyaki berkhalwat...

Next Post

Jasa Dan Sumbangan Wanita Sentiasa Dihargai - KM Sabah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd