• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Melayu Tak Berdiam Diri Apabila Dicabar

oleh Ahmad Albab
18/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang Melayu tidak akan berdiam diri sebaliknya bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka apabila dicabar.

“…apabila maruah kita (orang Melayu) dicabar, adakah kita mahu terus ditolak ke dinding dan kita berdiam diri. Jangan harap itu berlaku, kita akan bangkit menjaga maruah dan sahsiah kita,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Pengurusan Sempadan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

Turut hadir Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian semasa merujuk kepada ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ anjuran Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) dan disertai anggota-anggota 250 badan bukan kerajaan (NGO) lain di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya walaupun polis menyatakan perhimpunan itu disertai kira-kira 35,000 orang, tetapi beliau berpendapat jumlahnya jauh lebih besar hingga mencecah 150,000 orang.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pihak yang telah menganjurkan perhimpunan sebanyak empat kali sebelum ini supaya tidak menganggap mereka mendapat sokongan majoriti sehingga menafikan golongan majoriti yang senyap.

“Apa-apa sahaja yang berlaku, akan ada tindak balasnya,” kata beliau.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kementerian dan Polis DiRaja Malaysia akan terus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mahu merobek keselamatan dan ketenteraman awam serta negara,” katanya sambil meminta semua pihak di negara ini supaya menghormati antara satu sama lain.

Terdahulu, Mohamed Mustafa berkata Ghazali Shafie Graduate School of Government di UUM berhasrat menyumbang kepakaran membantu negara dalam isu membabitkan keselamatan dan pengurusan sempadan negara.

Beliau berkata isu-isu besar seperti penyeludupan dan pemerdagangan manusia serta pendatang asing tanpa izin, jika tidak dibendung, boleh menjejaskan keselamatan negara.

Sehubungan itu, katanya UUM menawarkan khidmatnya menjadi pusat sumber dan rujukan kepada kerajaan dalam hal ehwal sempadan berikutan lokasinya yang berdekatan dengan sempadan negara. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=YIy9UwyVfhs

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd