• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ooi Tze Liang Tempah Lagi Slot Ke Sukan Olimpik

oleh Ahmad Albab
06/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penerjun negara, Ooi Tze Liang menempah slot keduanya ke temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil selepas meraih pingat emas acara 10m platform individu lelaki pada kejohanan Terjun Piala Asia 2015.

Tze Liang mengatasi rekod peribadinya sebelum ini iaitu 405.00 mata dengan terjunan terbaik baharu iaitu 482.15 mata.

Sebelum ini Tze Liang menempah tiket ke Rio melalui acara 3m papan anjal individu lelaki di kejohanan edisi keenam itu di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat.

“Acara platform merupakan pilihan kedua saya, memang saya berpuas hati sebab mampu layak ke Rio walaupun ia bukan acara kegemaran. Masa pertandingan tadi, saya memang cuba yang terbaik.

Tidak pedulikan mengenai terjunan penerjun lain, cuma fikir mengenai terjunan saya sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menamatkan terjunannya di sini, hari ini.

Pingat perak acara tersebut diraih oleh penerjun China, Cao Lizhi dengan perbezaan 0.55 mata dari Tze Liang, manakala pingat gangsa pula dimiliki oleh penerjun Korea, Woo Haram (477.35).

Mengulas mengenai pencapaiannya menempah dua tiket ke Sukan Olimpik, Tze Liang berharap beliau akan merebut satu lagi tiket dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki gandingan bersama Ahmad Amsyar Azman pada kejohanan Piala Dunia di Rio, Februari tahun hadapan.

Ditanya sama ada beliau merasa tertekan selaku penerjun terbaik negara kini, Tze Liang berkata beliau tidak merasakan sebarang tekanan sebaliknya itu menjadi pemangkin buatnya untuk bekerja keras lagi.

“Dari segi tekanan memang tidak ada tapi lepas ini saya akan bekerja lebih keras dan mengharapkan satu keajaiban bakal berlaku di Rio nanti,” katanya.

Sehingga kini, pasukan terjun Malaysia sudah menempah lima tiket ke Rio melalui Tze Liang (10m platform individu lelaki dan 3m papan anjal individu lelaki) dan Nur Dhabitah Sabri (10m platform individu wanita) pada kejohanan peringkat Asia, selama tiga hari ini.

Manakala dua lagi tiket melalui Pandelela Rinong Pamg (10m platform individu wanita) dan Ng Yan Yee (3m papan anjal individu wanita) pada Kejohanan Dunia di Kazan, Rusia. – BERNAMA

Tags: Olimpikterjun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Patah Tangan, Cedera Muka Akibat Terjatuh Di Air Terjun Seri Perigi

Patah Tangan, Cedera Muka Akibat Terjatuh Di Air Terjun Seri Perigi

19/08/2023
0

YAN: Seorang lelaki patah tangan kanan dan cedera di muka akibat terjatuh ketika sedang mandi di Air Terjun Seri Perigi,...

Lelaki Lemas, Nekad Terjun Sungai Melaka

14/05/2022
0

MELAKA : Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai bertindak terjun ke dalam Sungai Melaka gara-gara dikejar sekumpulan individu di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd