• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mosti Keluar Nasihat Waspada Ancaman Hujan Dan Ribut Petir

oleh Ahmad Albab
25/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjangkakan cuaca hujan dan ribut petir yang sedang melanda negara akan berterusan hingga penghujung Oktober depan.

Menterinya, Datuk Madius Tangau berkata, kejadian hujan dan ribut petir terutama di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung itu berupaya mengundang bahaya kepada orang ramai termasuk berlaku bencana banjir kilat dan kerosakan harta benda.

“Kejadian ribut petir yang berlaku seringkali disertai dengan hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir kilat dan bahaya serta kerosakan.

“Saya menasihati agar orang ramai lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dan keluarga semasa musim ini,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Madius menerangkan, Malaysia sedang mengalami kejadian hujan dan ribut petir dengan lebih kerap pada sebelah petang terutama di negeri-negeri pantai barat Semenanjung.

Menurutnya, bagi negeri Sabah, kejadian ribut petir dijangka lebih kerap di Bahagian Pantai Barat, Kudat dan Pedalaman. Manakala untuk negeri Sarawak, ribut petir dijangka tertumpu di Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sibu.

“Bagi negeri Sabah, kejadian ribut petir dijangka lebih kerap di Bahagian Pantai Barat, Kudat dan Pedalaman. Manakala untuk negeri Sarawak, ribut petir dijangka tertumpu di Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sibu.

“Keadaan ini adalah kerana negara berada dalam musim peralihan monsun yang bermula 20 September 2015 sehingga ke penghujung Oktober 2015,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dari 22 hingga 30 September 2015, hujan dijangka berkurangan dengan angin kuat dari arah barat daya berikutan kehadiran ribut tropika di perairan Filipina.

Sehubungan itu, jelasnya, negara dijangka kembali berisiko mengalami jerebu rentas sempadan dalam tempoh tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mostiribut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd