SEKILAS pandang, anda mungkin menyangka ia merupakan satu gambar hiasan. Tetapi sebenarnya ia adalah imej menjijikkan bagaimana kulat boleh tumbuh pada berus mandi, yang jarang dibersihkan oleh penggunanya.
Gambar itu telah dikongsi dalam Reddit, oleh ‘Bantrlicious’. Dia turut menyatakan sikat itu digunakan untuk mencuci badan ketika mandi.
Selepas dimuatnaik dalam Reddit, ramai yang membelasahnya.
“Kau kena cuci sikat kau,’’ kata seorang pengguna media sosial, Molly Mauler.
Bagaimanapun ada juga yang menerangkan bahawa ia adalah kulat yang sering tumbuh pada permukaan kayu.
“Meskipun orang ramai menyifatkan bahawa ia menjijikkan namun kayu ini umpama acuan roti, jadi kulat akan tumbuh,’’ kata pengguna yang lain. - MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=YinomET9Yxs