• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sedia Wujudkan Pakatan Pelabuhan Dengan China

oleh Ahmad Albab
26/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Pelabuhan di Malaysia sedia mewujudkan pakatan dengan pelabuhan di China bagi mengukuhkan aktiviti perdagangan di antara kedua-dua negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pakatan itu juga penting bagi menyokong usaha China melaksanakan inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dalam menyuburkan aktiviti perdagangan di rantau ini.

“Malaysia mempunyai banyak pelabuhan antarabangsa seperti Pelabuhan Klang, Tanjung Pelepas, Bintulu dan Kuantan yang kita boleh diuruskan menjadi satu pakatan dengan pelabuhan di China.

“Melalui konsep ini ia akan mengurangkan karenah birokrasi dan seterusnya dapat meningkatkan daya saing kita,” kata Presiden MCA itu selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Johor di sini, hari ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga Timbalan Presiden MCA turut hadir.

Liow juga mengajak negara lain di ASEAN mewujudkan pakatan pelabuhan dengan China bagi melonjakkan aktiviti perdagangan dengan republik berkenaan.

Menurutnya, China juga telah banyak menyokong Malaysia dalam membangunkan pelabuhannya, termasuk Pelabuhan Kuantan di mana pelabur negara itu memiliki 40 peratus ekuiti.

Selain itu, katanya, China juga memberi sokongan dalam usaha Melaka membangunkan pelabuhan pelancongan di Melaka Gateway.

“Memorandum persefahaman yang ditandatangani antara Melaka dan wilayah Guangdong di China juga merupakan komitmen China dalam meningkatkan hubungan perdagangan antara kedua-dua,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/F097tXYCY04

Tags: Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd