• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Peroleh Kuota Tambahan 2,100 Jemaah Haji Muassasah

oleh Ahmad Albab
21/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kerajaan berjaya mendapat kuota tambahan sebanyak 2,100 jemaah haji muassasah dengan ihsan kerajaan Arab Saudi dan telah melakukan beberapa penerbangan sejak Rabu (16 September) lepas.

Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, TH dengan kerjasama Malaysia Airlines Berhad (MAB) berjaya mengusahakan penerbangan kapal terbang jenis Airbus A380 dengan muatan 489 penumpang untuk sebuah pesawat.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah pesawat penerbangan terbesar jenis A380 milik MAB digunakan oleh TH untuk operasi haji.

“Penerbangan tambahan itu KT 66, 67 dan 68 serta beberapa penerbangan komersil telah selamat terbang sehingga 17 September dengan jumlah 1,612 orang (kuota tambahan),” katanya pada sidang media di Kompleks TH Kelana Jaya, di sini Sabtu.

Beliau berkata penerbangan terakhir jemaah tambahan iaitu KT69 dijadual berlepas pada pukul 12 tengah hari Ahad (20 September) dengan 489 jemaah.

Selain itu katanya, kuota asal jemaah haji Muassasah seramai 22,320 orang telah berjaya dihantar ke tanah suci Rabu minggu lepas dan kesemua jemaah berada dalam keadaan sihat di maktab-maktab di Makkah.

Baca: Saudi Bakal Tambah Kuota Haji Malaysia Kembali 30,000 Jemaah

Sementara itu, Abdul Azeez berkata TH tidak akan menghentikan usaha mencari dua jemaah haji Malaysia yang dilaporkan hilang dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 Sept lepas.

“Keputusan ujian deoxyribonucleic acid (DNA) bagi proses pengecaman jenazah dijangka diperoleh selewat-lewatnya tiga minggu lagi dan dalam tempoh itu kita tidak akan berhenti mencari sehingga mendapat keputusan DNA yang muktamad,” katanya.

Sampel DNA waris dua jemaah haji Malaysia yang masih hilang, telah diserahkan kepada pihak berkuasa Arab Saudi untuk proses pengecaman jenazah di rumah mayat Muaissem di Mina.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, waris Shahidan Saad, 52; dari Kodiang, Kedah dan Abdul Habib Lahman, 68; dari Sik, Kedah, tiba di Jeddah pada 6.15 petang Jumaat dan mereka terus dibawa ke rumah mayat itu untuk proses pengambilan spesimen masing-masing.

Abdul Azeez turut memaklumkan setiap waris mangsa yang diterbangkan ke tanah suci akan diberi peluang mengerjakan haji memandangkan hari wukuf tidak lama lagi dan perbelanjaan mereka ditanggung tabung kebajikan TH.

“Mengenai jemaah yang cedera, kita akan membawa mereka ke Arafah dengan ambulans bagi membolehkan mereka menyempurnakan ibadah haji mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok

TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok

15/12/2024
0

ALOR SETAR : Kos mengerjakan haji untuk tahun depan sama ada meningkat atau kekal akan diumumkan Tabung Haji (TH) pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd