• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlukan 12,000 Saintis Data Tambahan – Idris

oleh Ahmad Albab
03/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sejumlah 12,000 lagi saintis data diperlukan dalam tempoh lima tahun akan datang untuk menggerakkan ekonomi yang dipacu data di Malaysia, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata setakat 2014, terdapat 4,000 saintis Big Data di dalam negara dan kerajaan sedar permintaan yang meningkat daripada sektor awam dan komersil untuk perkhidmatan saintis data.

Bagi mengatasi kekurangan saintis data, beliau berkata kerajaan telah memulakan pelbagai inisiatif termasuk menubuhkan Pusat Kompetensi Big Data di institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

“Pada asasnya, kami mahu bersaing dalam ekonomi data pada skala global.

Penubuhan pusat sedemikian adalah manifestasi aspirasi kami untuk memupuk ekosistem itu, menyasarkan kepada peransangan penyelidikan dan inovasi, di atas jalinan perkongsian swasta dan kerajaan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran persidangan antarabangsa “Soft Computing in Science Data 2015” dan Persidangan Antarabangsa Mengenai Perangkaan dalam Sains, Perniagaan dan Kejuruteraan 2015 anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.

Idris berkata Pusat Kompetensi Big Data sudah ditubuhkan di lima universiti awam iaitu, Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Sarawak dan Politeknik Ibrahim Sultan.

Beliau berkata analisis data besar mempunyai potensi besar dalam pelbagai sektor daripada “bio-informatics” kepada perubatan dan “health informatics”, kajian genom, keselamatan makanan, keberkesanan cuaca dan sumber selain daripada sistem pengangkutan pintar dan bandar pintar.

“Adalah lebih kritikal bagi Malaysia untuk menyertai trend global pengalisisan Big Data, kerana kami memerlukan sumber dan kepakaran untuk memberikan kami kelebihan saing dalam menyemarakkan penyelidikan, pembangunan dan inovasi, yang akan meningkatkan produktiviti negara,” kata Idris. – BERNAMA

Tags: Idris JusohSaintis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Saintis Dakwa Temui Lokasi Bangkai Pesawat MH370

Pesara Saintis Dakwa Temui Lokasi Bangkai Pesawat MH370

20/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pesara saintis penyelidikan mendakwa sudah menemui lokasi bangkai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang ketika dalam...

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

08/09/2023
0

WASHINGTON - Saintis China telah berjaya mengembangkan buah pinggang mengandungi sel manusia dalam embrio babi, yang pertama di dunia yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd