• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: 5 Okt Keputusan Permohanan Bantahan Awal Hadi

oleh Ahmad Albab
28/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 5 Okt bagi memutuskan permohonan bantahan awal yang dikemukakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan empat yang lain untuk membatalkan saman berhubung pembentangan rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pada sidang Parlimen.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas), Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Datuk Sulaiman Abdullah mewakili Abdul Hadi selaku defendan dan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan.

Shamsul mewakili Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah, yang turut dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan saman itu.

Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri peguam Siti Kasim mewakili empat individu yang mengemukakan saman itu – Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin.

Shamsul ketika ditemui pemberita berkata pihaknya memfailkan bantahan awal itu dengan alasan pemohon sepatutnya memfailkan permohonan itu melalui semakan kehakiman dan bukan saman pemula.

“Ini kerana mereka (empat pemohon) itu mencabar berhubung proses membuat keputusan oleh pihak berkuasa awam seperti Parlimen. Jadi, menyerang proses membuat keputusan perlu melalui semakan kehakiman di bawah Perintah 49 Perintah Tetap Parlimen,” kata Shamsul.

Sepatutnya hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Abdul Hadi untuk membatalkan saman keempat-empat individu itu dengan alasan mereka (pemohon) tidak mempunyai hak untuk menghalang cadangan, pembentangan dan perbahasan mengenai perkara berkenaan.

Abdul Hadi, yang memfailkan permohonan itu pada 2 Julai lepas turut mendakwa saman pemula yang difailkan keempat-empat pemohon itu juga tidak mempunyai merit dan sebagai anggota Dewan Rakyat, beliau mempunyai hak keistimewaan serta imuniti.

Hari ini juga ditetapkan untuk mendengar permohonan injunksi keempat-empat individu itu bagi menghalang Hadi dan empat yang lain daripada membentangkan rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pada sesi sidang Parlimen.

Keempat-empat individu itu yang memfailkan saman pemula pada 12 Jun lepas turut memohon satu deklarasi bahawa pembentangan mengenai pindaan itu merupakan satu kemungkiran terma-terma Buku Jingga Pakatan Rakyat oleh Abdul Hadi. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangHudud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd