• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Jemaah Malaysia Masih Dirawat – TH

oleh Ahmad Albab
14/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima daripada 10 jemaah haji Malaysia yang cedera dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat, setakat ini telah dibenarkan pulang ke tempat penginapan masing-masing.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Ismee Ismail, lima lagi jemaah Malaysia yang cedera masih dirawat dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Terbaharu, empat yang dibenarkan pulang ialah Faridah Mat Yacob, 46, Rusiah Baba, 50, Ahmad Muzafar Mamat, 39, dan Mohd Sharif Meon, 64.

Seorang lagi, Noordin Wahab, 59, yang mengalami luka kecil, telah dibenarkan kembali ke bilik penginapan lebih awal.

Ditemui pemberita hari ini selepas mengunjungi kediaman Zainun Taha, 69, antara lapan jemaah haji Malaysia yang belum dikesan susulan tragedi yang dilaporkan meragut 107 nyawa itu, Ismee berkata usaha pencarian masih diteruskan.

“Pasukan mencari dan menyelamat TH terus giat berusaha mencari kesemua jemaah terbabit di lokasi persekitaran Masjidil Haram serta klinik dan hospital sekitar Makkah,” kata Ismee.

Menurutnya, bilangan jemaah haji Malaysia yang masih belum dapat dikesan kekal lapan orang.

“Setakat 11 malam (waktu Arab Saudi), pasukan perubatan TH masih tidak dibenarkan memasuki mana-mana rumah mayat dalam usaha pencarian itu,” jelasnya.

“Kita harap semua pihak bersabar dan merujuk sebarang pertanyaan terus kepada TH untuk mengelakkan sebarang kekeliruan,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd