• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Hampir Kehilangan Kaki Selepas Digigit Labah-Labah

oleh AK-47
02/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki dilaporkan akan memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan kebangsaan Qatar selepas dia hampir kehilangan kakinya akibat digigit seekor labah-labah beracun di dalam pesawat itu.

Menurut sumber, doktor memberitahu Jonathan Hogg yang berasal dari London, Britain itu mungkin akan kehilangan kakinya atau lebih teruk mati akibat racun yang dilepaskan oleh labah-labah terbabit.

Jenis labah-labah yang dipercayai menggigit kaki Jonathan Hogg.
Jenis labah-labah yang dipercayai menggigit kaki Jonathan Hogg.

Jonathan yang digigit ketika berada dalam penerbangan dari Qatar ke Afrika Selatan itu boleh memudaratkan kesihatannya. Kesan daripada gigitan itu boleh menyebabkan kakinya ‘pecah dan cair.’

Lelaki berusia 40 tahun itu mendakwa kakinya terasa sakit seperti dicucuk dan ternampak seekor labah-labah berjalan di atas lantai, namun tidak pula diendahkannya.

wm

Namun, luka di kakinya semakin membesar dan pada hari ketiga kakinya menjadi semakin parah.

“Mereka kata racun yang terlarut itu boleh membunuh saya. Ia memakan isi dan daging pada kaki saya.

“Saya tidak terasa sakit yang teramat, namun selepas ke hospital, kaki saya semakin parah dan ia bernanah serta kehitaman,” katanya.

Jonathon-Hogg-spider-bite
Jonathan Hogg

Doktor memberitahu lelaki terbabit mungkin akan mati jika dia tidak bertindak pantas atau membiarkannya.

Jonathan dilaporkan telah menghantar e-mel kepada syarikat penerbangan itu, namun mereka seperti tidak mengambil serius dan tidak mempedulikan kondisinya.

Akibat daripada kejadian itu, lelaki berkenaan kini menjadi fobia dan takut untuk menaiki kapal terbang lagi. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Tags: labah-labahlelakiQATAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd