• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawak PKR: Belum Operasi Tapi DEIG Bayar Zakat

oleh
21/01/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini PKR menipu rakyat apabila menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menerusi daftar RM2 sahaja di Suruhanjaya Syarikat Malaysia tanpa melalui enakmen dan kelulusan Dewan Undangan Negeri.

Kali ini kerajaan Selangor didakwa memperbodohkan rakyat negeri itu dan ‘hina’ agama Islam apabila bangga menonjolkan DEIG pernah membayar zakat perniagaan bernilai RM2.5 juta ketika Ramadan pada 12 Julai lalu.

Isu itu didedahkan ADUN BN Sungai Panjang, Budiman Zohdi yang persoalkan bagaimana DEIG boleh sahaja selamba mengagihkan wang zakat termasuk kepada beberapa ranting atau cawangan PKR di Negeri Sembilan.

Padahal selama ini Menteri Besarnya, Azmin Ali bertegas, syarikat pelaburan itu masih belum operasi walaupun sudah dilancarkan pada Disember tahun lalu bagi mengambil alih peranan Menteri Besar Incorporated (MBI).

Menurut Budiman, tindakan DEIG agih zakat termasuk kepada Sultan Selangor membuktikan bahawa syarikat tersebut telahpun berfungsi dan ini ternyata berbeza dengan kenyataan Azmin yang dakwa ia belum beroperasi.

“Kita persoal bagaimana syarikat yang dikatakan masih belum beroperasi tetapi sudah mampu untuk keluar zakat. Daripada manakah datang wang itu? Apakah ia dari MBI atau mana-mana agensi kerajaan negeri?” soal beliau.

“Menjadi kemusykilan kepada rakyat bagaimana DEIG yang belum operasi boleh pula serah zakat untuk diagih melalui badan politik seperti berlaku di Negeri Sembilan dan kita ada bukti bergambar program ini,” tegasnya.

DEIG-Darul-Ehsan-Investment-Group

Sekadar rekod, zakat hanya wajib dikeluarkan apabila memenuhi syarat tertentu antaranya cukup haul setahun serta nisab iaitu paras minimum aset kekayaan yang disimpan bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.

Pada masa ini kadar itu ialah kira-kira RM11,000 dan jika ikut logik, DEIG pasti sudah catat keuntungan melepasi RM100 juta lebih setahun lalu bagi layak mengeluarkan zakat sebanyak 2.5 peratus atau bersamaan RM2.5 juta.

Ironi, DEIG belum wujud pada Julai 2014 sekali gus tidak cukup tempoh genap setahun tetapi sudah ada harta simpanan bernilai RM100 juta waima mampu agih zakat melalui Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri!

Tambah Budiman, pihak penguatkuasaan yang terbabit juga perlu menjalankan siasatan terhadap MBI kerana dibimbangi ada kemungkinan besar berlakunya penyelewengan dana MBI yang disalurkan kepada akaun DEIG.

“Saya minta agar pihak berkuasa mengaudit MBI itu sendiri kerana bimbang berlaku ketirisan serta salah guna kuasa dalam isu ini, memandangkan MBI dan DEIG diurus tadbir orang yang sama dan ada kuasa dalam MBI.

“Kita mahu siasatan terhadap MBI juga dibuat ekoran kebimbangan rakyat berhubung isu ini dikhuatiri berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa urus tadbir MBI melibatkan lebih RM30 bilion aset negeri,” jelas beliau.

“Apatah lagi Azmin masih belum beri penjelasan konon DEIG tidak beroperasi nyata bercanggah apabila ada bukti program penyerahan zakat dari DEIG yang dihadiri Sultan Selangor sendiri,” tegasnya. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: DEIG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DEIG: Kertas Siasatan Dibuka Jika Ada Maklumat Baharu

27/08/2017
0

JELEBU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung status penubuhan Darul Ehsan Investment (DEIG) sekiranya menerima...

Tiada Halangan Sekiranya SELCAT Mahu Siasat DEIG

07/11/2015
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini berkata tiada halangan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd