• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Disaran Wujudkan Sekretariat Pantau Caj Perhidmatan Tersembunyi

oleh Ahmad Albab
18/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan (KPDNKK) dicadangkan supaya mewujudkan sekretariat khusus bagi memantau caj perkhidmatan tersembunyi yang dikenakan terhadap pengguna.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata ia susulan 300 kes aduan berkaitan kadar caj perkhidmatan yang tidak munasabah berlaku di sekitar Lembah Klang yang diterima PPIM, sepanjang tahun ini.

“Antara aduan yang kami terima adalah berkaitan caj tempat letak kereta, caj bil-bil utiliti yang tidak masuk akal sehingga membebankan pengguna dan perkara ini perlu dipantau oleh satu badan khusus supaya pengguna tidak akan ditipu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Justeru beliau mencadangkan agar sekreteriat berkenaan diberikan tanggungjawab untuk menyediakan garis panduan terhadap caj perkhidmatan yang akan dikenakan ke atas pengguna.

Beliau berkata caj perkhidmatan yang dimaksudkan itu termasuk caj sambungan meter air dan elektrik, caj tambahan tempat letak kereta dan sebagainya.

Nadzim berkata PPIM juga berhasrat mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hamzah Zainudin untuk berbincang mengenai cadangan penubuhan sekretariat berkenaan. – BERNAMA

Tags: KPDNKKPPIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Masuk Akal Caj RM1,000 Untuk Ujian Covid-19

27/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan, terdapat segelintir pusat perubatan dan klinik swasta mengenakan caj tinggi bagi...

Ini Arak, Bukan Jus Epal Biasa!

25/10/2020
0

Poster PPIM menyebut Apple Fox adalah arak jenis cider yang mempunyai pembukusan seperti air jus biasa.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd